Aktiviti,

Nasi Bariani Gam Abah Kau!!!

Sabtu, Jun 29, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera semua rakan2, pembaca mahupun yg selalu like and comment Mah@mahu di facebook. Terima kasih kerana sokongan and blog ini masih terus mampu berkongsi pegalaman dari semua segi. Wahhh dah mcm ahli politik lak kan Mah@mahu ni huhuhuhu. Tapi lagi dasyat kalau baca tajuk entry kali ni. Bukan niat nak marah atau menghina sapa2 tapi ini saja trademark Mah@mahu huhuhuh...



Bukan nak hina sapa2 Mah@mahu sebenarnya pergi outstation kat selatan tanah air iaitu Johor Baharu. Alang2 dah sampai sana mesti lah kena cuba tempat makan yg hebat2 kat Johor terutama kata org apa Nasi Bariani Gam memang melekatlah kalau dah rasa sekali. Tu lah tujuan tajuk entry kali ni pasal jalan2 cari makan versi Mah@mahu. Kali ni makan nasi bariani Gam di Abah Bariani House. Sebab tu tajuk kali ni abah kau hehehe bukan abah korang lah.



Nama restaurant ni pun dah best apa lagi kalau makan menu2 kat sana lagi terangkat. Pasti menu yang menjadi special dish kat sini adalah nasi bariani ada dua jenis Nasi Bariani Biasa atau Nasi Bariani Gam. Tambah pulak dengan lauk yg berbagai mesti ramai org suka makan nasi bariani Gam dengan kari kambing. Selain tu ada gak lauk Ayam Masak Merah, Ayam Goreng, Kari Daging dan juga burung puyuh. Hehehe tghari2 kalau pekena nasi bariani memang menjilat jari lah.



Org kata kalau nak tahu sedap2 tak sedap nasi bariani ni bila kita makan mesti guna tangan dan bila kita nak basuh tangan selepas makan tu bau kari dan juga nasi bariani tak hilang lagi. Boleh tahan berejam-rejam juga lah kat tangan tu memang betul-betul kaw. Restoran ni senang jer nak cari kat Bandar Baru Uda Johor belakang dengan Plaza Angsana Johor Baharu. Tgk signboard Abah Bariani House ramai org kat dalam restaurant tu. Makan nasi bariani ni dtg dalam satu set dengan nasi, lauk, sayuran dan juga kuah kari kalau nak papedom kena add on tak mahal murah and besar.

 


Kalau kawn ada dtg bertugas atau melancong kat Johor jgn lupa singgah cari nasi bariani Gam yg memang menjadi sebutan org kat sekitar Johor ni. Dah pekena nasi bariani pastu lepak2 pula kat Teluk Dangan atau lebih glamor Danga Bay. Siang mlm ramai sahaja org kat situ and tak putus2 berjalan dan bersiar-siar dengan family. Kawn kalau nak cuba singgah di Abah Bariani House ok.. Selamat menjamu selera.