Food,
Village Park Lokasi Nasi Lemak Pilihan Terbaik Di KL
Salam semua pembaca dan pengikut setia blog Mah@mahu. Dah lama actually dgr pasal sebuah restaurant glamor lago popular kat area Uptown Damansara. Kata org kat situ menu terbaik adalah Nasi Lemak Ayam Berempah memang cukup popular dan menjadi sambutan dari semua peringkat usia. Dan menurut cerita mantan Perdana Menteri Malaysia yg ke empat juga pernah turut sama makan kat restaurant tu.
Bila dah dgr pasal tu pastinya tempat tu memang cukup hebat dan popular sebab org ternama juga makan kat sana hehehe.. Jadi makin membuak2 persaan ni nak pergi cuba kalau berkesempatan. Alhamdulillah akhirnya dapat juga jejak kaki ke Village Park Restaurant sebab kebetulan ada kerja kat area sana. Bila pergi time tghari memang korang akan rasa bahangnya bukan kerana panas mentari tapi sebenarnya panas dengan bau masakan yg ada kat sana tu lah.
Dengan ramainya pengunjung ker restaurant tu memang kalau silap korang tak dpt meja dan kerusi nak duduk. So sampai sana order lah Nasi Lemak Ayam Berempah yang di katakan hebat tu. Boleh tambah lauk lain yg ada seperti begedil, daging, ikan dan macam2 lagi lah. Order minuman yg segar2 kat sana lagi membuka selera nak makan. Bila dah rasa sekali tu kata org nak lagi memang betul lah sedap. Pengusaha kat situ china muslim dan tempat makan tu dah pernah di kunjungi olah JJCM so memang betul lah terbaik. Apa lagi selamat mencuba lah yer.....