Aktiviti,
Makan Ala Cowboy Di Puncak Steak House Puncak Jalil
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Mah@mahu dan juga rakan2 yang terus memberikan comment kepada blog Mah@mahu ini. Selamat berpuasa juga kepada semua umat Islam yg kini telah masuk hari ker 4 berpuasa. Moga2 tahun ini lebih baik dan lebih keberkatan kepada kita dengan limpahan bulan yg mulia. Bila dah masuk bulan Ramadhan ni ramai pulak plan nak cari tempat makan untuk berbuka puasa. Tambah2 dengan buffet Ramadhan yg mcm2 ada cuma jgn terlebih makan sudah lah yer hehehe..
Kali ni nak share satu lagi tempat berbuka puasa yg agak unik dan lain dari lain. Dengan menu hidangan western menjadi menu utama di Puncak Steak House yg bertempat di Puncak Jalil. Kalau ada yg minat untuk dpat makanan steak atau chiken chop kat sini lah tempatnya. Mudah jer nak cari kalau lalu tepi jalan tu boleh nampak restauran corner lot deretan kedai.
Menghidankan semua jenis steak terdiri daripada daging lembu, kambing, ayam dan juga seafood menjadi pilihan peminat steak. Dengan sos lada hitam yang pekat dan sedap menjadikan menu kat Puncak Steak House terbaik. Selain daripada makanan steak kat sana juga ada makanan Sizzling yang terdiri daripada nasi dan juga yee me.
Kalau dah kata western mesti ada makanan pasta, memang itu menjadi menu wajib. Pasta yg ada kat Puncak Steak House Spaghetti Bolignaise, Macaroni, Spaghetti seafood dan tomyam juga byk lagi. Ada juga makan tak berapa nak berat kat sana iaitu burger yg dtg dengan berbagai isi daging, ayam mahupun hotdog. Memang byk pilih kat sana tapi yg paling best bila order kat sana memang cepat sampai tak perlu tunggu lama.
Bila dan makan mesti nak order minumankan kat sana semua ada apa nak air buah atau air panas pun ada. Decoration dalaman restauran menjadi daya tarikan utama kat sana, dengan menggunakan konsep kayu dari ladang yg di susun cantik dan kemas menjadi ruang begitu selesa untuk makan. Harga juga berpatutan kalau nak tahu kena dtg sendiri menikmati makanan western di Puncak Steak House.