Aktiviti,

Percutian The Lost World of Tambun dengan The Butterfly Projek Malaysia

Sabtu, Ogos 24, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera semua pembaca blog Mah@mahu moga sihat dan sejahtera hendaknya di lindungi dari segala bencana dan malapertaka. Bila menjelang hujung tahun ramai akan habiskan cuti mereka dengan pergi melancong dalam atau luar negara. Tapi kita kena sahut saranan kerajaan untuk bercuti dalam negara kerana negara kita masih byk lagi yg belum di terokai. Mah@mahu sendiri pun belum habis pergi bercuti satu tempat ni memang Mah@mahu ingin sgt nak pergi selalu dgr dari kawn2 tapi sampai belum lagi.


Lost World Of Tambun adalah satu2nya taman tema tebersar di negeri Perak dan terletak dalam jajahan Ipoh sebuah bandar yg membangun. Inilah tempat yg Mah@mahu ingin sangt nak pergi tambah2 pula ada peluang bercuti bersama dengan Butterfly Projek Malaysia. Sebenarnya Butterfly Projek Malaysia adalah satu2 organisasi yg menganjurkan event kecantikan dan pertcutian bersama blogger. Detail anda boleh layari Facebook Butterfly Projek Malaysa dan like di sana untuk menyertai aktiviti mereka.
Lost World Of Tambun adalah salah satu aktivit mereka untuk membawa 30 org blogger merasai kehebat dan keseronokan berada di sana. Tambah2 mcm Mah@mahu ni yg tidak pernah sampa ker sana dan sgt2 lah terasa nak pergi menikmati kehebatan yg dikatakan. Kat sana pula ada 6 taman tema utama yg kena jelajah semua sekali. 6 taman tersebut terdiri daripada Water Park, Amusement Park, Tiger Valley, Lost Word Petting Zoo, Lost World Hot Spring & SPA dan juga Tin Valley. Mah@mahu akan tunjuk antara gambar2 menarik yg sempat di kumpul untuk berangan nak pergi nanti hehehhe..


Firts tempat yg Mah@mahu pergi nanti bila ada kat Lost World Of Tambun pasti taman teman airnya. Kat sana mcm2 mainan air yg best ada tgk pic pun dah terliur nak mandi manda kat sana. Ada dataran pasir kat sana boleh main mainan pantai, ada juga  kolam besar untuk mandi manda beramai ramai. Paling syok ada lorong lungsur dengan pelampung untuk di turuni yg panjang dan mencabar best gila. Kalau tak caya tgk sendiri lah tinggi nya kawasan luncur tu huhuhu...

Lepas mandi manda dan basah boleh lak keringkan badan dan tukar pakaian untuk pergi taman teman kering pula hehehe. Kat taman tema kering atau di panggil Amusement Park yg di bina dengan mainan mencabar. Ada keretapi, ada kapal layar dan mcm2 lagi best kat sana. Paling takut dan kecut perut bila naik roller coaster, dengar cite ia adalah roller coaster yg pertama di negeri Perak. Wow memang laju dan juga kecut rasa nak naik tapi excited gila Mah@mahu hehehehe.



Dah pening2 pala main game masa untuk pergi tgk haiwan2 liar yg ada kat sana. Taman tema yg ada khas satu kandang harimau yg meletak kan haiwan yg makin pupus kat negara kita. Lagi terujanya bila kat kandang harimau tu kita boleh tgk harimau makan dan juga boleh tgk harimau tu beraksi. Lepas taman harimau pergi lak kat Petting Zoo yg menempatkan haiwan2 jinak dan comel2 jer. Kat sini lagi best boleh bagi makan pada haiwan2 ni dan boleh pegang2 live lagi. Mah@mahu teringin sgt nak pegang kancil kalau ada kat sana selalu tgk jer hehehe..


Lepas tu kita boleh pergi tgk sejarah yg terdapat di negeri Perak, kerana Perak cukup popular satu masa dahulu dengan biji timah. Maka kat Lost World Of Tambun ni pun ada perkampungan biji timah yg di bangun sama seperti zaman dulu mereka mendapatkan timah. Dah penat jalan tiba masa untuk menyihatkan badan dengan pergi ker Lost World Hot Spring & SPA. Kat situ kata org ada sebuah kolan air panas seperti dalam kawah gunung berapi yg sesuai untuk mandi manda. Kata org mandi air panas ni dapat menyihatkan dan menyegarkan badan selain mengubati penyakit kulit.

Puas dah Mah@mahu baca kat dalam laman web dan juga terjah blog2 kawn yg pernah pergi ker Lost World OF Tambun sendiri. So rasa teruja dan tak sabar2 nak pergi kalau Mah@mahu terpilih dalam perjalanan ini bersama Butterfly Projek Malaysia. Harap2lah Mah@mahu terpilih pasti seronok dan excited dan akan cite pada semua kawan2 tentang Lost World Of Tambun. Kawan2 blogger yg nak joint projek ini pun boleh layari Rafflecopter giveaway untuk tgk syarat penyertaan. Boleh pergi dengan Mah@mahu kita bercuti bersama-sama ok.. Selamat bercuti semua..





0 Pandangan: