Mahamahu,
Raya Makan Pizza Bersama Papa John Malaysia
Salam semua rakan2 dan pembaca blog Mah@mahu moga sihat selalu. Walaupun Syawal telah meninggalkan kita tetapi kehangat berhari raya masih di rasai. Last week dpt jemputan dari kawn blogger terima kasih Kifly Mally kerana sudi ajak Mah@mahu sertai rumah terbuka Nuffnang bersama Papa John Malaysia di Centrepoint Bandar Utama. Special open house kali ni kerana kami makan bukan makan tradisional tetapi makanan western daripada Amerika Syarikat iaitu Pizza.
Sapa sangka makan pizza time open house time tu memang tak terkatalah makanannya sampai buncit perut ni hehehe. Semua jenis pizza dapat dirasai sampai yg terbaru akan di keluarkan di pasaran pun kami dapat rasa dulu hehehe. Papa John kalau sapa tahu pizza Papa John ni di hasilkan oleh pemilik restaurant ni iaitu John dengan menggunakan moto "Better ingredients Better pizza". Semua bahan yg di buat adalah asli dan original.
Kami bukan hanya dpat makan tapi menurut Mr Kathiravan Seenivasagam (Marketing Manager) Papa John Malaysia kami juga di beri peluang masuk sendiri dapur restauran Papa John untuk merasai sendiri bagaimana keadaan dan suasana memasak dalam dapur panas ni. Tu pengalaman paling best lah dpt masuk peti sejuk beku yg suhu serendah -6 darjah celcius memang sejuk gila dan mulut pun berasap di buatnya. Tgk oven terbesar yg sgt panas untuk memasak pizza kat dalam tu memang mengakagumkan.
Yg best open house ni Mah@mahu dapat jumpa dengan ramai blogger2 lain yg otai2 dan hebat2. Meriah sgt mlm tu sebab apa bila blogger yg memang suka menaip tapi hakikat bila berjumpa semua jenis kuat bersembang. Riuh suasana mlm tu sebab selain makan ada juga aktiviti pertandingan dengan dapat hadiah daripada Papa John dan juga Nuffnang. Ada cabutan bertuah lagi tapi Mah@mahu selalu tak bertuah nak dapat hadiah special payung Nuffnang nak juga.
Apa pun thanks tu Nuffnang and thanks to Papa John kerana buat kelainan dengan open house makan pizza. Terbaik dan meriah seronok sgt kat sana bersama Kawn2 blogger, moga tahun depan dapat buat lagi dan jgn lupa invite Mah@mahu ok hehehehe. Kawn2 blogger lain pun meriah seronok sgt dpt jmpa korang semua thanks tu Kifly Mally, Penaberkala, ByRawlin, Atikah Ramlan, Mira Citcik, Jae dan ramai lagi lah. Moga dapat join event sama korang lagi ok selamat berblog..
*Kali ni pun Mah@mahu nak bagi voucher Papa John berjumlah RM20 untuk setiap sorang bagi 3 org bertuah tersebut. Cara mudah mcm biasa hanya perlu sharekan entry ini di Facebook anda dan comment kat entry ini dengan tinggalkan email untuk di hubungi. 3 komen terbaik dan share di facebook akan menerima voucher Papa John RM20. Ia di buka sehingga 13 sept 2013 jam 12tghari sahaja. Rebut sekarang.