Fesyen,
Tips Elakkan Fesyen Yang Terover!
Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu sekalian. Selalu gak Mah@mahu bagi tips kat sinikan kalau sapa2 ada baca boleh guna tapi kalau yg nak share pun di alukan tapi biasalah kredit jer kat sini hehehe.. Kali ni Mah@mahu nak share satu lagi tips berguna, tapi bukan pasal makan atau teknologi tapi pasal fesyen. Lelaki sekarang dah utamakan style dan gaya penampilan menarik dan hebat. Malah ada yg lebih daripada wanita. Tapi adakah kita ini menjadi mangsa fesyen kerana terlalu nak bergaya tak kena tempat. So Mah@mahu ada tips untuk elak daripada kita di gelar "Disaster Fesyen".
10 tips pengayaan fesyen untuk kaum lelaki.
1) Penampilan lebih baik dan bersahaja adalah lebih bagus setiap hari daripada tampil dengan berbeza setiap hari. Ini melambangkan seseorang itu lebih matang dan lebih selesa dipandang org menjadikan anda lebih senang di dekati.
2) Untuk mereka yg berisi corak menegak lebih sesuai manakala mereka yg agak kurus corak melingtang adalah sesuatu yg kena. Jadi jgn sengaja untuk menukar selera kepada yg berlawanan kerana ini menampakkan anda seorang yg kurang bijak.
3) Pilih pakaian yang kurang corak dan warna berkilat. Jika memilih sut pastikan warna biru gelap atau kelabu dan ceriakan dengan tali lehar yg berwarna atau hiasna di poket.
4) Jika anda buntu untuk pilih warna baju pilih lah merah jambu kerana ia menunjukkan anda lebih sihat dan lebih berkeyakinan tampil di kayalak ramai. Jgn asyik dengan warna yg sama sahaja kerana ini menunjukkan anda kurang sihat pada hari itu.
5) Pemakaian tali leher adalah lebih sesuai untuk dunai pekerjaan dan kalau anda kurang pasti untuk pakai tali leher atau tidak hanya satu sahaja tips sesuai. Pakai tali leher apabila aktiviti anda melibatkan wang.
6) Pastika padanan tali leher juga bersesuaian iaitu kolar besar untuk tali leher besar manakala kolar kecil untuk tali leher kecil. Ini akan menunjukkan anda seorang yg pintar dan lebih beketerampilan.
7) Paling penting pakaian anda mestilah sentiasa di gosok kerana jika lelaki berpenampilan dengan pakaian yg di gosok anda lebih mudah untuk mendapatkan apa yg anda kehendaki. Gosok pakaian tidak susah hanya menggunakan air biasa atau wangian semasa menggosok.
8) Lelaki jika mengenakan pakaian kemeja seloknya hendaklah di 'Tuck in' kerana ia lebih kemas. Manakala memakai baju T dan seluar jean lebih baik di lepaskan keluar kerana ini menunjukkan anda seorang yg baru mengenali dunia fesyen.
9) Pastikan anda ada jadual pemotongan rambut yg kerap kerana jgn tunggu sehingga rambut anda panjang baru hendak di potong. Penjadualan ini bukan sahaja mengemaskan penampilan anda tetapi ia adalah satu latihan mudah untuk mendisiplinkan diri anda terhadap jadual hidup.
10) Lagi satu perkara yg kadang2 lelaki kurang pereksa iaitu mengenakan seluar yg ketat sehingga menampakkan bonjolan di celang kelangkang anda. Ia sesuatu yg tidak sihat bukan sahaja untuk kejantanan anda malah tidak sihat untuk org yg melihatnya. Jadi jgn pakai seluar yg telalu ketat.
Itu sahaja tips yg sempat Mah@mahu share kepada rakan2. Tips2 ni Mah@mahu dapat daripada hasil bacaan terhadap buku2 yg ada di pasaran sekarang. So tambah ilmu anda dengan membaca dan kongsi kepada rakan2 dengan ilmu yg anda ada itu. Selamat membaca semua dan selamat beramal dengan tips2 ini ok.