Applikasi Telephone,

Cabaran 'DiGi Challenge for Change' Musim ke 5 Lebih Hebat

Ahad, Januari 12, 2014 Mahamahu 0 Comments

Apa itu DiGi Challenge for Change atau lebih di kenali DiGiCFC? Ini adalah satu lagi inisiatif DiGi dalam melahirkan idea-idea applikasi hebat dari pemikiran rakyat kepada telephone pintar. Kuasa penggunaan telephone pintar di dunia makin maju sekarang seperti halilintar begitu pantas dan maju. Maka dalam membantu rakyat Malaysia untuk memudahkan urusan harian mereka dengan telephone pintar maka DiGi meneruskan legasi DiGiCFC masuk musim ke 5.

 

Bringing Malaysians Together, One App At A Time’ adalah tema kepada pertandingan kali ini pasti lebih meluas penyertaan daripada rakyat Malaysia. Di tambah pula dengan kategori baru tahun ini iaitu Connected Citizens di mana category ini adalah membuat applikasi mendekatkan rakyat dengan kerajaan melalui khidmat yang di sediakan oleh kerajaan. 3 lagi kategori yg sedia adalah adalah seperti Discovering Culture, Learning & Edutainment dan terkahir Health & Wellness.


Rakyat Malaysia begitu hebat dalam mengkritik hasil kerja orang lain apa kata kita pula curahkan idea dan pendapat kita dalam membantu masyarakat sekeliling. Time itu baru kita tahu kehebatan dan kekuatan idea kita boleh di terima rakyat atau tidak. Cabaran untuk anda kerana rakyat Malaysia begitu creative dan kritis dalam dunia apps. And boleh curah segalanya di sini kerana ia masih di buka untuk pendaftaran dan masih belum terlambat kerana idea anda adalah emas kepada rakyat Malaysia.

Bagi memperkuatkan lagi idea anda dan juga menambah baik applikasi ciptaan anda maka DiGi telah merancang 2 program besar dalam member bantuan agar app anda lebih mantap. Program pertama di sebut sebagai #IDEAJAM dan kedua pula adalah HACK!@DiGiCFC iaitu di mana 36 jam masa untuk di habiskan bagi membangunkan daripada idea kepada applikasi yg sebenar bersama mereka yang pakar.


Cabaran ini bermula dengan step yang pertama iaitu Cabaran Idea (27 November hingga 18 Januari 2014). Fasa ini di mana anda perlu mengemukakan idea anda melalui laman web www.digicfc.my dengan 4 kategori yang di sediakan. Dalam fasa ini juga program #IDEAJAM akan di sediakan di mana 20 idea yang terbaik akan di panggil untuk menyertai bengkel ini bersama mereka yang pakar dalam merealisasikan idea anda tersebut. Daripada itu 4 idea paling berpotensi akan di majukan untuk peringkat serterusnya.

Cabaran kedua pula adalah lebih kepada cabaran pembangunan applikasi dimana dari tarikh 26 Januari hingga 24 April 2014 mereka yang pakar akan di panggil untuk membina applikasi anda sehingga jayanya. Dalam masa yang sama program HACK!@DiGi akan di langsung bagi memastikan bahawa applikasi anda adalah yang  terbaik di hasilkan. 4 applikasi yg terpilih di peringkat ini akan bersaing untuk menjadi satu app paling berjaya dan boleh di majukan untuk kegunaan rakyat Malaysia.

Cara untuk anda mendaftar seperti mana Mahamahu buat klik sahaja link DiGi dan ikuti step di bawah:-

 




Mahamahu sendiri pun curah idea untuk cabaran ini mana tahu idea tak seberapa ini akan menjadi perhatian para juri. Mahamahu buat idea simple iaitu sebuah app yang di panggil ‘MyBody’. Applikasi yg boleh di gunakan pakai dalam smartphone untuk mereka yg baru nak belajar membina badan menjadi ahli bina badan atau membentuk badan cantik melalui senaman. Simple dan ringkas je idea ni tapi harap ia dpt membantu pengguna amatur untuk menjaga kesihatan can kencatikan bentuk bada seperti seorang ahli bina badan. Detail boleh baca kat bawah ni…


Hasil susah payah anda itu pasti ada balasannya, anda berpeluang memenangi wang tunai lebih daripada RM200,000 dan juga pengalaman yg tiada dapat di luar sana. Anda boleh lihat pemenang DiGiCFC musim ke 4 lepas dimana semua applikasi telah berjaya dan telah di majukan untuk kegunaan rakyat Malaysia.


Bagi menjayakan program ini kekuatan penaja juga membantu seperti Microsoft, Digital Malaysia, Google dan iM4U. Jgn lepas peluang untuk sertai dengan mendaftar sekarang di DiGi. Mana tahu idea anda adalah pembantu kepada rakyat Malaysia pada masa hadapan.