Local Food,
RESTORAN WARISAN SAMBAL OPAH
Alamat : 2, Jalan USJ 9/5P, USJ 9
Petaling Jaya, Malaysia
Restoran Warisan Sambal Opah Warong Nasi Lemak Panas Taipan USJ
Restoran Warisan Sambal Opah Warong Nasi Lemak Panas Taipan USJ - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu. Dah lama tak buat review pasal nasi lemak salah satu makanan kegemaran Mahamahu. Rasa rugi sgt kalau ada kat bumi Malaysia ini tidak nikmati keunikan nasi lemak buatan original. So mengidam punya pasal terus mlm minggu merayap sampai ke Taipan USJ untuk pergi makan nasi lemak terbaik kat sini.
Mana lagi kalau bukan Restoran Warisan Sambal Opah dengan nasi lemak panasnya. Memang kat sini jadi tumpuan org ramai nak makan mlm. Tak kira umur san tak kira bangsa semua ada kalau korang dtg makan kat sini. Ada juga pelajar2 asing yg makan nasi lemak kita ni tgk mereka cukup selera makan. Memang tempat ni jadi tumpuan lah malam kalau tak silap restoran ni bukan dari pukul 6 sampai tgh malam.
Kalau dah dtg restoran nasi lemak mesti kena makan nasi lemakkan kat sini konsep layan diri. First kena bebaris panjang untuk ambil nasi lemak yg di bungkus kecil harga nasi lemak kosong dengan terlur rebus adalah RM1 sebungkus. Lepas tu kalau nak tambah lauk lain kena pergi bahagian lauk pauk and ambil lah sendiri. Berapa banyak nak ambil ikut nafsu anda dan selepas puas tu pergi ke kaunter and buat tempahan minuman dan bayaran. Lepas tu baru boleh cucuk makan dengan lahapnya hehehe.
Kalau tgk jumlah lauk pauk yg ada kat sana memang byk dan sungguh menyelerakan. Ada ayam goreng, ada sambal sotong, ada paru, ada kerang, ada daging dan mcm2 lagi lah nak sebut. Harga ni semua ikut harga pasaran dan kalau ambil byk memang kena byr byk lah kan hehehe. Tapi ada org kata kat sini harga agak mahal tapi bagi Mahamahu ia berbaloi dengan rasa dan juga suasana makan kat situ.
Selain tu juga kat restoran ni ada makanan lain tapi tak byk sebab mereka fokus pada nasi lemak. Kat situ ada juga beehun goreng yg di bungkus dan juga ada Char Kway Teow yg di masak panas2. So mana korang nak makan di alu-alukan. Dtg lewat lagi feel kat situ dengan lagu dan juga inviroment memang layan mlm2 kat USJ. Kalau ramai kena berbarid tunggu turn nak duduk.
Mahamahu dah pergi tempat ni 2 kali and terus jatuh hati. Lepas ni kalau nak cari nasi lemak kat mana kawn2 Taipan USJ saja bukan jauh pun hehehe. Carilah Restoran Warisan Sambal Opah ia agak tersorok sikit kat laluan belakang. Kalau tahu Murni USJ ada area2 kat kawasan tu juga. So apa lagi selamat menjamu seleralah ok..
RESTORAN WARISAN SAMBAL OPAH
Alamat : 2, Jalan USJ 9/5P, USJ 9
Petaling Jaya, Malaysia
0 Pandangan: