Kucing,

Rumah Di Ceroboh Malam Tahun Baru

Jumaat, Januari 03, 2014 Mahamahu 0 Comments

Salam sejehtera kepada semua pembaca blog Mahamahu, rumah di ceroboh malam tahun baru itulah yg Mahamahu hadapi pada malam tahun baru yg lepas. Citenya mcm ni, malam ambang tahun baru lepas Mahamahu kuar ngan kawn pergi celebrate kat Putrajaya. Sekadar nak pergi tgk bunga api maklumlah setahun sekali je kan. Kalau nak tgk video bunga api kat Putrajaya Mahamahu sempat rakam selama 10 minit persembahan bunga api menarik gila.


Lepas tu kami pun blik lah lepas habis persembahan bunga api, kami singgah mengeteh dulu kat mamak area Bukit Jalil ni. Nak basahkan tekak sikit dah penah countdown hehehehe padahal jauh tgk bunga api. Lepas makan tu kami pun terus blk rumah and sampai rumah jer kami sempat rehat kejap tiba2 saja kami di kejutkan.

Kejutkan oleh bunyi yg pelik sgt kat depan rumah ingat bunyi apa, maklumlah dah pukul 2 pagi memang takut lah dengar bungi yg garau2 jer. Kami pun tekat untuk buka pintu rumah ye lah dengar bunyi kesian sgt sebab bunyi merayu-rayu. Rupanya bila buka kami terkejut besar lah tgk2 sekor kucing warna coklat ada depan rumah. Kami ni pantang bila ada kucing comel2 ni kat depan rumah dengan keadaan lapar sekali.


Kami pun bagilah makan kepada kucing tu kesian tgknya dah lah comel geramnya. Kalau kawan2 tgk pun dalam gambar tu memang comel kan. Kucing betina ni warna coklat dan ada kacukan persian sikit bila tgk muka kucing ni. Ni adalah kali ke empat rumah Mahamahu di datangi oleh kucing2 comel tak tahu kenapa tapi memang selalu dtg semua yg comel2 and cute2 geram lak nak bela rasa.


Tapi tgk pada kucing tu ada rantai leher dan bulu yg cantik mesti ada pemiliknya. Maka Mahamahu pun tekat tak nak ambil tapi jaga untuk satu malam sebab kesian tgk terbiar. Keesokan hari Mahamahu pun buat iklan kat kawasan rumah tanya siapa ada hilang kucing berwarna coklat. Kurang sejam ada tuan datang tuntut, kata tuan ni kucing ni dah hilang 2 hari dari rumah dia sebab dia baru pindah kat area rumah Mahamahu dan kucing ni tak biasa kat kawasan tu sebab tu sesat kot. Kata tuan tu kucing ni namanya Tuki tapi Mahamahu panggi kucing tu Koko suka nama tu hehehe..


Apa pun seronok dpt semalam bemanja dengan kucing tu tidor pun lewat mlm duk layan kucing comel. Dah lama rumah Mahamahu tak ada kucing selepas 2 ekor kucing kesayangan di hantar pulang ke kg sebab tak daya nak jaga sibuk hari2 sian lak tgk kucing terkurung dalam rumah jer. Bila ada kucing sesat ni rasa mcm teringin lak nak bela kucing tapi bukan masa tunggu lah. Apa pun Mahamahu pecinta kucing anda bagaimana? hehehhehe....