Local Food,
Menu tambahan lain juga ada di sediakan seperti kuih muih untuk pencuci mulut dan juga menuman special yg ada di sana. Di antara minuman special di M2Cafe adalah minuman Jus Kurma dan juga Jus Timun. Kedua-dua minuman ini special kerana ia sihat malah dapt mencuci perut selepas makan. Kalau nak desert kat M2Cafe ni tersedia bubur2 tradisional seperti Bubur Kacang Hijau dan juga Pengat Pisang. Di tambah lagi dengan minuman ABC yg boleh di sediakan sendiri oleh pelanggan yg dtg.
Jalan-Jalan Cari Makan Steamboat Buffet di M2Cafe
Jalan-Jalan Cari Makan Steamboat Buffet di M2Cafe - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni kita jalan2 cari makan ker sebuah lagi restoran yg menyediakan menu makanan steamboat. Selain tu juga, ada beberapa menu special lain yg turut di sediakan bagi memberikan pilihan yg banyak kepada mereka yang dtg ke sini. Ini dia M2Cafe yg terletak di Jalan Genting Klang berhadapan betul2 dengan KL Festival City Setapak.
M2Cafe yg di usahakan oleh dua org bekas chef profesional iaitu Chef Azhar dan Chef Zamri memberi mereka lebih pengalaman dalam menguruskan sebuah restoran. Main course kat sini adalah pastinya Steamboat dengan pelbagai pilihan bahan untuk di masak di dalam dua jenis sup iaitu Tomyam dan sup biasa. Semua bahan2 kat M2Cafe ni cukup segar dan menepati citarasa org tempatan. Pelbagai bahan pilihan daripada makanan seafood sehinggalah kepada makanan mee dan sayuran di sediakan untuk memberi keseimbangan makanan kepada pelanggan mereka.
Harga yg ditawarkan serendah RM15 untuk kanak-kanak dan RM30 untuk dewasa memboleh kan anda makan sehingga kenyang. Selain daripada Steamboat sebenarnya restoran ini juga menyediakan menu BBQ yg di cipta sendiri oleh chef di M2Cafe. Masakan BBQ kat sini terdiri daripada ayam dan kambing, manakala di buat bukan sahaja dalam bentuk BBQ tapi juga di jadikan satay yg sedap dengan source ciptaan sendiri daripada chef.
Bagi mereka yg dtg untuk makan mlm secara berat, kat M2Cafe ni juga di sediakan menu tradisional tempatan iaitu Mee Kuah Udang dan Nasi Ayam. Menurut kata chef di sini Nasi Ayam adalah menu yg paling laris setiap hari dan mendapat tempahan istimewa daripada org yg dtg ke M2Cafe ini. Mee Kuah Udang juga tidak kurang hebatnya dengan rasa kuah udang yg begitu mengancam. So kalau dtg tak rasa kedua2 menu special ini rugi.
Infomasi M2Cafe
Waktu Operasi
Isini - Ahad dari pukul 7.00pg - 12tghmalam
Laman web : http://www.m2cafe.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/m2cafecatering
Tempahan hubungi : 012-4115040 / 03-41618692
Specialkan restoran ni, Mahamahu dtg review mlm tu pun dapat layan hebat daripada pemilik M2Cafe ni. Memang mereka menjaga kualiti dan keenakan makan yg ada di M2Cafe. Masa kami dtg review tu ada sekali crew program makan no 1 di Malaysia iaitu JJCM bersama penyampainya Abang Naz. Sempat bergambar dan beramah mesra bersama crew dan Abang Naz. Juga turut menemani kami pada mlm itu adalah pelawak juara dari program Raja Lawak 5 iaitu Man Raja Lawak.
Kalau nak dtg restoran ni anda boleh lah cari KL Festival City dan betul2 bertentangan dengan pintu utama seberang jalan adalah Restoran M2Cafe ni. Susun atur dalaman juga cukup kemas dan luas memberi keselesaan kepada anda untuk makan sambil bersantai. Mahamahu suka dtg sini kerana tempat ini cukup besar ada dua tingkat dan juga tidak begitu padat dengan org. So kita boleh bebas untuk memilih makanan yg ada kat sini tanpa perlu berebut-rebut. Tapi kalau nak dtg buat tempahan dulu lebih senang kerana kalau walk ini ni jarang ada tempat kosong mesti penuh.
Menurut pemilik M2Cafe ini juga mereka ada menyediakan perkhidmatan lain seperti perkhidmatan katering kenduri kahwin atau majlis keraian. Selain itu juga untuk melengkapkan majlis kenduri anda, pihak M2Cafe juga menyediakan sewaan PA system dan juga khemas beserta meja bagi memudahkan tuan rumah menyediakan semua peralatan tersebut dalam satu sewaan sahaja. So semua dah Mahamahu ceritakan jadi apa lagi, jom menjamu selera di M2Cafe nak.....
0 Pandangan: