Mahamahu,
Kisah Blogger Jadi Pengajaran
Kisah Blogger Jadi Pengajaran - Salam sejahtera kepada semua pembaca dan juga rakan2 blogger sekalian. Kali ni Mahamahu nak buat satu post khas untuk saling kita ingat menginati antara blogger. Mungkin kadang2 kita ni terlalu leka dalam mengejar segala event sampai kita tak ambil berat beberapa perkara yg kecil.
Mahamahu nak cite satu pengalaman yg baru di hadapi semalam oleh Mahamahu dan seorang rakan blogger lain. Citenya semalam Mahamahu dapat satu jemputan event daripada seorang PR ni seminggu yg lepas. Seperti biasa semua maklumat di sampaikan terus melalui Facebook kerana saling mempercayai. Menurut informasi yg ada dalam inbox fb tu event tu belangsung 22 Feb 2014 di Goldcoast Sepang. First tu dah memang tanya dia tempat tu agak jauh tapi sebab dah pernah ada event dgn PR ni maka kita org pun tak ambil pusing tentang lokasi sebenar acara tu.
Mahamahu dan kawn ni sungguh excited sebab event ini agak bernama juga. So nak jadikan cite bila tiba hari dan masa yg di janjikan kami pun sampai di lokasi yg sepatutnya. Bila sampai sana jumpa dengan manager Avani Goldcoast Resot Sepang, terima kasih kepada beliau kerana kerjasama yg cukup bagus dan layanan yg cukup mesra. Tanya pada manager tu kat mana tempat yg di buat event yg dinyatakan, terkejut bila dpt jawapan daripada beliau bahawa kat resort beliau di tak ada org buat event seperti tu pada hari itu.
Maka Mahamahu dan kawn ni pun agak gelabah gak sebab tgk pada alamat di beri dah betul kat sini, tapi bila sampai tak ada event tu. Makan terus hubungi PR ni untuk mendapat kepastian tentang lokasi sebenar event tu. Siap manager tu tolong call kan PR tu nak nyatakan tentang event yg kami maksudkan tu tak ada kat resort dia. Bila dah call tu tunggu lah respond daripada PR tu and PR tu sms no tel pengurus acara yg kami kena hadir tu.
Kami pun terus call pengurus acara tu dan pihak sana kata dah tunggu kami lebih 20 minit dan kami masih tak sampai. Kami nyatakan bahawa kami ada kat lokasi yg di berikan iaitu Goldcoast Sepang, pastu pengurus event tu pun cakap bukan kat lokasi tu, tapi ia adalah di tengah2 Kuala Lumpur iaitu area Bukit Bintang. Punyalah terkejutnya kami yg dah sampai Sepang ni bila tahu perkara sebenar.
Nak buat mcm mana kami dah sampai ke lokasi yg salah dan event tu pula di buat di tempat lain. Maka terpaksalah cakap kepada pengurus event tu bahawa kami tak sempat nak berpatah balik ker sana kerana jarak antara Sepang nak ke Bukit Bintang tu makan masa sejam lebih juga. So pengurus acara tu pun ckp tak perlu dtg sebab nanti sampai acara dah habis. Harap pengurus acara tu fahamlah dan juga pihak PR tu dapat terangkan tentang kesilapan ini bukan dari kami blogger tapi dari penyampai2 lain.
Bukan nak salah sapa2 atau tuding jari, bila kami call PR tu and dia kata dia pun dapat info tu dari org tgh juga. Maka mungkin info yg dari org tengah tu yg tak berapa tepat pada dia dan sampai pada kami memang salah sama sekali. Maka hari semalam seharianlah kami berjalan daripada KL pergi Sepang dan balik dengan tiada apa2 dan hati agak kecewa juga.
So moral of the story kat sini yg Mahamahu nampak first sekali sebagai blogger pastikan sejam dua sebelum acara bermula hubungi pihak yg menguruskan acara atau PR yg mengajak kita pergi ke acara tersebut. Hubungi untuk mendapat kepastian tentang lokasi sebenar dan masa sebenar agar tidak jadi kes mcm Mahamahu ni. Kedua kita manusia akan sentiasa buat silap dan bila silap kita minta maaf dan cuba cari jalan penyelesaian terbaik. Mcm kes Mahamahu semalam pihak PR tu setuju untuk bayar semua modal yg dah kami keluarkan untuk sampai ke lokasi yg salah tu.
Moga lepas ni kita blogger ni kena lebih peka pada pekara yg kecil kerana kesannya cukup besar. Nasib baik event semalam masih dalam Selangor kalau dah kuar tak tahu lah nak buat mcm mana terpaksa bermalam lah hehehe. Apa pun ini sekadar perkongsian pengalaman dengan rakan2 blogger agar ter terjadi lagi pada org lain. Mahamahu sendiri pun belajar tentang perkara ini dan akan sentiasa lebih berhati-hati di masa akan dtg...