Korean Cuisine,
Tengok Artis Korea Teringatlah Restoran Mr Dakgalbi di Bukit Bintang
Tengok Artis Korea Teringatlah Restoran Mr Dakgalbi di Bukit Bintang - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dah juga kepada rakan2 sekalian. Ni kali Mahamahu nak bawa anda makan kat satu lagi tempat di mana Mahamahu di jemput untuk buat review makanan. Jauh di negara K-Pop hehehehe tak adalah sampai ker Korea, tapi kali ni Mahamahu makan kat area Bukit Bintang. Restoran Mr Dakgalbi No 61, Jalan Bukit Bintang berhampiran dengan pintu utama Low Yat Plaza.
Tu lokasi sebenar restoran ni nanti Mahamahu bagi lagi guide line untuk anda nak pergi ker restoran ni. Kat sini 100% makanan Korea yg di bawah resepi dari negara Korea ke Malaysia. Menurut kata pemilik restoran ini Mr Dak semua bahan mentah di dapati di Malaysia cuma sos utama yg di guna pakai adalah sos asli di bawa daripada negara Korea.
Mahamahu tak tahu pun org Korea ni sebenarnya makan mee goreng dan nasi goreng juga mcm kita. Tapi cara penyediaan makanan korean ini lebih sihat dan lebih bervariasi. Campuran rempah cili powder dalam masakan mereka cukup kuat dan byk kelebihan. Rupa2nya cili powder dari Korea ini byk kebaikan kepada kesihatan tubuh badan. Bukan sekadar makan untuk kenyang tapi untuk mejaga kesihatan, kat sini ada 3 kelebihan cili powder mereka yg Mahamahu dapat tahu.
1) Berkesan dengan mencegah penuaan kulit.
2) Membantu kurang berat badan
3) Banyak vitamin A, B dan C yg dapat mengurakan tekanan melalui makanan pedas
Tu dia antara kebaikan makanan Korea ini, sebab tu kalau kita tgk org Korea ni semua putih2 and sihat2 jer. Itu yg cuba di bawa kepada rakyat Malaysia untuk memberi kebaikan makanan Korea ini untuk kita. Mahamahu pun dapat juga keistimewaan bila dpt buat review tapi lepas ni akan dtg lagi untuk makan sedap rupanya.
Memang sedap juga makanan Korea yg di sediakan untuk Mahamahu dan juga rakan blogger lain yg dtg review hari tu. Menu utama kami di perkenalkan adalah Mr Dakgalbi bersama dengan Chicken Galbi. Tgk makanan yg di sediakan kat tengah2 tu adalah ayam yg di salut dengan rempah ratus dan cili powder khas daripada Korea. Kat tepi2 ni semua adalah sayur2 yg segar2. Makanan ni di masak live depan mata anda yer dan di bantu oleh pekerja2 mereka.
Mahamahu tunjuk mcm mana cara masakan ini di sediakan dalam bentuk gambar ni. Jgn risau nanti kalau anda dtg sini anda akan di bantu untuk memasak makanan ni. Semua ini adalah untuk menjaga kesegaran makanan dan kesedapan apabila dimasak secara live.
Mr Dakgalbi With Chicken |
Seronok sebenarnya dapat masak secara live kat kedai ni, semua yg dtg di sediakan dengan apron istimewa so jgn risau baju kotor atau terpercit masakan. Mahamahu dan kawan2 paling meriahlah kita org dapat masak dan makan panas2 ni. Special menu tadi di sediakan dengan mee Ramen rasa mcm mee goreng. Jgn risau kalau tgk warna yg merah sgt tu tak pedas langsung, tak akan rasa sampai berasap telinga jgn risau semua peringkat usia boleh makan.
Lepas tu lak kalau ada lauk2 lebih kat dalam periuk tu bukan di buang yer, boleh pula di buat bahan campuran untuk masak nasi goreng pula. Sebab tu kuantiti yg di berikan banyak untuk dua jenis hidangan yg special kat restoran tu. Untuk masak nasi goreng tu pun pekerja kat situ akan bantu anda untuk masak. Mahamahu bagi cara2 mcm mana mereka masak melalui gambar kat bawah ni.
Specialnya nasi goreng ni bukan sahaja nasi yg di goreng dengan lauk2 dan sayur, tapi di masukan dengan cheese yg menjadikan lebih berlemak dan lebih enak. Kalau nak makan rasa mcm makan pizza lak sebab ada cheese. Boleh add on untuk lebih cheese tau kalau anda suka cheese. Ni pun sama kalau tgk warna mcm merah sgt tu jgn risau tak pedas langsung, kanak2 pun boleh makan.
Jaengban Noodle |
Best kan makanan kat sini special gila unik dan lain daripada lain. Kalau makan sambil layan suasana restoran yg tenang dan bersih membuatkan kita rasa seperti berada di Korea juga. Menurut kata pemilik ia di bina sama seperti cawangan yg di buka di Korea. Boleh tgk tandantangan peserta Runningman yg sempat dtg ke restoran tu.
Restoran Mr Dakgalbi ini ada 3 cawangan telah di buka, paling awl di buka di Mont Kiara Solaris, kedua kat cawangan Bukit Bintang ni and ketiga di Setiawalk Puchong. Kalau nak cari area Bukit Bintang ni anda yg dtg ke Lowyat Plaza keluar pintu utama lowyat tu akan ada satu laluan terus dan sebelah kanan akan jumpa restoran ni. Signboard besar senang jer nak cam tgk warna merah and tema Korea tu lah dia.
Apa pun Mahamahu layan sgt makan kat sini dan anda boleh makan bersama keluarga dan juga kawn2. Tak perlu pergi sampai Korea nak makan semua ni boleh dtg Bukit Bintang jer. Segala info dan maklumat detail tentang restoran ini boleh di dapati di laman web dan juga laman facebook mereka.
Informasi restoran
Waktu operasi
Isnin-Khamis 11:30 am - 9:30 pm
Jumaat 11:30 am - 10:00 pm
Sabtu 12:00 pm - 10:00 pm
Ahad tutup
Tel : +603 2110 5090
Facebook : https://www.facebook.com/mrdakgalbikl
Laman Web : http://www.mr-dak.com
Jumaat 11:30 am - 10:00 pm
Sabtu 12:00 pm - 10:00 pm
Ahad tutup
Tel : +603 2110 5090
Facebook : https://www.facebook.com/mrdakgalbikl
Laman Web : http://www.mr-dak.com
0 Pandangan: