Buffet,

Buffet Lunch Cafe@PICC Putrajaya Serendah RM15.00

Jumaat, Mac 21, 2014 Mahamahu 0 Comments

Buffet Lunch Cafe@PICC Putrajaya Serendah RM15.00 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni Mahamahu nak bawa anda ke satu lagi lokasi food review yg Mahamahu pergi tak jauh di Putrajaya jer. Buat pertama kalinya PICC Putrajaya memperkenalkan Buffet Lunch untuk semua rakyat Malaysia. Yang lagi bestnya harga untuk promosi ini adalah hanya serendah RM15.00net seorang. Wow ini dah cukup hebat, tetarik, menarik memang the boommm huhuhuh.


Mahamahu pergi nak tahulah menu yg ada padan tak dengan harga yg di tawarkan. Memang tak sangka dengan harga RM15.00 seorang boleh makan lebih daripada 65 menu yang pelbagai jenis, daripada started, main course hingga ke dessert semua ada. Memang berbaloi kalau dtg makan tghari kat sini murah dan cukup byk pilihan makanan. Rugilah sapa yg kerja dekat Putrajaya ni tak dtg cuba Buffet Lunch mereka ni.


Mahamahu nak senaraikan menu yg ada kat sini lenguh gak nak taip, tapi Mahamahu sempat ambil beberapa menu special yg ada kat Buffet Lunch Cafe@PICC ni. Di antara menu yg ada kebanyakan adalah local cuisine iaitu masakan Melayu, ada Ayam Masak Lemak Cili Padi, Ayam Masak Merah, Talapia Goreng Sambal, Ayam Goreng Berempah, Kurma Kambing Berkentang, Ikan Goreng Kembong Berbawang, Kacang Panjand Goreng Berkunyit Bersama Telur, Ayam Percik Kelantan, Hati Ayam Masak Kicap Pedas, Telur Hancur Bersama Sayur dan Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi.

Food_468*60


Tu baru sikit menu yg ada tapi sebenarnya ada banyak lagi main course untuk pilihan anda yg dtg dengan harga serendah itu. Mahamahu senaraikan algi antara menu yg ada seperti Gulai Perut Dengan Nangka Muda, Lala Goreng Berlada, Sotong Goreng Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi, Sambal Telur, Kurma Telur, Daging Masak Hitam "Mamak Style", Labu Masak Lemak Putih, Pajeri Nenas "Bombay" dan Ikam Bakar seperti Ikan Keli dan Ikan Kembong.

 

Ahh penat nak tulis menu yg ada kat Buffet Lunch Cafe@PICC ni, belum masuk dessert lagi. Mahamahu sendiri pun tak tahu nak makan apa kat situ semua ada. Kalau tak nak makan nasi kat Buffet Lunch Cafe@PICC ada juga Meehun Sup yg enak dan sedap bersama sup daging yg lazat. Wahh kenyang perut lah kalau dapat makan kat sini dengan harga yg serendah itu. 



Dessert kat situ juga cukup menarik dan hebat, Mahamahu paling suka makan Bubur Kacang Hijau dan juga Bubur Jagung pilihan Mahamahu. Ada juga Bubur Bali dan juga Bubur Kacang Merah semua sedap2 dan cukup rasa enaknya. Dessert manis pun ada seperti kek dan juga puding semua sedap2 Mahamahu sendiri sampai tak sempat nak rasa semuanya. 


Sebenarnya untung sapa dtg Buffet Lunch Cafe@PICC ni untuk makan tak rugi dan bebaloi. Menurut Chef yg ada kat situ mereka juga adakan hari BBQ khas dalam satu bulan untuk tetamu yg dtg. Bagi hari BBQ ini harga untuk dewasa RM80.00 manakala kanak-kanak RM40.00 sahaja. Untuk Buffet BBQ ini di adakan sehari dalam tempoh sebulan sahaja iaitu hari Jumaat tiap2 hujung bulan.




Kalau anda nak nikmati Buffet Lunch Cafe@PICC ianya di bukan hari Isnin hingga Jumaat dari jam 11.30pm hingga 3.00pm. Bagi Buffet BBQ sekali sebulan adalah dari pukul 6.00pm hingga 10.00pm. Jadi apa lagi jom kita ramai2 makan lunch kat Cafe@PICC Putrajaya bermula daripada 17 Mac 2014 lagi. Kalau nak buat mesyuarat atau temu janji pun boleh dtg sahaja ker Cafe@PICC Putrajaya. Maklumat Lanjut boleh dapati dalam info di bawah :-

Website : www.picc.com.my
Tel : 603 8887 6000
Email : enquiry@picc.com.my










0 Pandangan: