Chines Cuisine,
Manjung Yong Tau Foo Dari Manjung Ke Kuala Lumpur
Manjung Yong Tau Foo Dari Manjung Ke Kuala Lumpur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dari Manjung ke Kuala Lumpur bukan tajuk movie atau drama ia adalah satu lagi tempat makan yg hebat di bawa khas untuk penduduk Kuala Lumpur. Kalau anda ke Manjung Perak pasti kat sana terkenal dengan Yong Tau Foo yg cukup popular di pasar malamnya. Daripada business secara kecilan kini Manjung Yong Tau Foo telah mempunyai dua cawangan besar restoran beliau iaitu di Manjung dan juga kini di Sungai Besi KL.
Manjung Yong Tau Foo sejarah bermula pada tahun 1986 dimana ia di usahakan oleh sebuah keluarga bekas askar Tuan Haji Rashidi. Kini setelah lebih 25 tahun perusahaan itu telah di warisi oleh generasi ke generasi dan masih mengekalkan keaslian rasa Yong Tau Foo sebenar. Kelainan Manjung Yong Tau Foo ini dengan gerai Yong Tau Foo lain adalah pada kuah dan sambal Yong Tau Foo nya.
Biasanya kita makan Yong Tau Foo dengan kuah kacang atau kuah sos pedas, tapi di Manjung Yong Tau Foo kekuatan terletak pada kuah sup bersama dengan sambal pedas manis yg di cipta sendiri oleh pemiliknya. Mahamahu bersama beberapa rakan blogger lain di jemput untuk membuat review di Manjung Yong Tau Foo merasai sendiri kehebatan Yong Tau Foo di sini. Kami di perkenalakan oleh waris generasi ke 3 pemilik Manjung Yong Tau Foo di cawangan Sungai Besi KL ni.
Yong Tau Foo set individu |
Yong Tau Foo set keluarga |
Menurut pemilik restoran ni kalau makan Yong Tau Foo di sini kena berhati-hati kerana sambal yg di sediakan cukup menyengat dan hebat. So terpulang kepada anda nak makan dengan campur sekali sambal tu di dalam kuah atau pun sikit2 kerana rasanya memang menyengat dan hebat. Mahamahu baru makan sikit dah rasa kesengatan sambalnya. Kat sini menu Yong Tau Foo ni ada dtg dengan set, kalau untuk set individu yg Mahamahu makan ni lah, kalau untuk set keluarga memang cukup besar mangkuknya dan isi dalam Yong Tau Foo boleh di pilih sendiri.
Kuew Teuw Kerang Yong Tau Foo |
Mee Bandung Yong Tau Foo |
Selain daripada Yong Tau Foo kat restoran Manjung Yong Tau Foo juga ada tersedia menu2 lain untuk dinikmati. Di antaranya adalah seperti Kueh Teuw Kerang Yong Tau Foo, Mee Bandung Yong Tau Foo, Nasi Itik Madu, Nasi Ayam Madu dan makan2 goreng lain. Kat atas tu antara menu yg sempat Mahamahu dan kawan2 lain cuba kat restoran Manjung Yong Tau Foo. So kat sini boleh di nikmati bukan sahaja golongan dewasa malah kanak2 juga boleh dtg makan bersama keluarga mereka.
Kalau nak minum kat sini Mahamahu cadangkan anda untuk pilih minuman special iaitu D'Bandung Special. Tgk sendiri lah gambar atas ni memang sedap cukup rasa bandung, cincau, aiskrim dan rasa sodanya meleleh air liur di buatnya. Tapi kalau nak cuba minuman lain pun ada seperti Bandung Soda, Bandung Cincau, Bandung Strawbery dan minuman2 buah-buahan lain. So memang cukup lengkap nak makan kat sini segalanya ada.
Nak cari Manjung Yong Tau Foo restoran ni tak susah pun bukan perlu pergi Perak ia kini dah ada kat KL. Kalau cari guna Google atau Waze type jer LRT Sungai Besi, so nanti bila dah sampai LRT Sungai Besi terus cari jalan pergi ker Trillium Sungai Besi iaitu kawasan perniagaan atau kedai 3 tingkat dan ia berada dalam area tu. Restoran ni betul2 bersebelahan dengan Bank Muamalat dan ada singboard besar Manjung Yong Tau Foo.
Hari operasi restauran ni adalah pada setiap hari dan mereka akan tutup 2 hari dalam masa sebulan. Manakala waktu operasi adalah daripada pukul 12 tghari sehingga 12 tghmalam. Jadi nak dtg makan tghari pun ada Yong Tau Foo. Kalau hari paling ramai org adalah pada hujung minggu jadi nak dtg tu biar awal. Selain daripada makan di restoran Manjung Yong Tau Foo, mereka juga menyediakan perkhidmatan catering, kepada sapa2 nak tempah makanan bagi majlis2 seperti kenduri kahwin, mesyuarat, aktiviti sekolah dan mcm2 lagi. Untuk tempahan atau info boleh hubungi mereka seperti maklumat di bawah:-
Phone : 019-3558533 (En Amirul)
Email : manjungytf@yahoo.com
*Kalau anda dtg makan di Manjung Yong Tau Foo jgn lupa untuk #manjungyongtaufoo ok.
0 Pandangan: