Cuti-Cuti Malaysia,

Kota Bharu Destinasi Pelancongan Mahamahu - Visit Malaysia 2014

Selasa, Mei 27, 2014 Mahamahu 0 Comments

Kota Bharu Destinasi Pelancongan Mahamahu - Visit Malaysia 2014 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni Mahamahu berkesempatan untuk melawat negeri Cik Siti Wan Kembang mana lagi kalau bukan Kelantan Darul Naim. Kota Bharu ibu negeri Kelantan adalah kota yg cukup sesak dan penuh dengan budaya. Mahamahu pun ini adalah kali pertama menjejak kaki ke Kota Bharu sungguh seronok kerana pergi bersama keluarga. Kebetulan Mahamahu melawat anak sedara yg baru lahir di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu. Bekersempatan untuk bermalam di sana mesti lah habiskan masa sepuas-puasnya untuk berjalan-jalan di Kota Bharu.


Pertama bila sampai sana Mahamahu pergi melawat anak sedara dulu lepas tu cari penginapan. Lokasi pilihan adalah sepanjang perjalanan ke Pantai Cahaya Bulan. Kat situ ada banyak homestay, rumah tumpangan, chelet, hotel dan mcm2 lagi untuk dipilih. Mahamahu sebab dtg dengan keluarga telah pilih Rumah Tumpangan Kartika. Murah dengan harga RM80 semalam sahaja satu bilik boleh memuatkan 4 org memang besar biliknya ada aircond lagi tau.


Lepas tu dah dpt tempat tidur pergi lah cari tempat makan di sepenjang Pantai Cahaya Bulan. Tapi sayang masa Mahamahu pergi kat tepi pantai tu mereka sedang dalam proses membaik pulih persisiran pantai dengan tembok batu. Tak siap lagi jadi kalau dtg nak tgk2 dan merasai angin air laut boleh lah singgah di Pantai Cahaya Bulan. Sepanjang pantai ada tempat makan sedap kat situ tapi next entry khas Mahamahu untuk makanan di PCB ok hehehe. Bila dah larut mlm masa untuk rest esok kita jalan lagi.


Pagi di Pantai Cahaya Bulan cukup sejuk dan tenang dengan bunyi burung dan kokokan ayam. Sepanjang jalan di PCB ini memang meriah untuk cari sarapan pagi. Org Kelantan ini kalau sarapan mesti makan seperti Nasi Berlauk, Nasi Kerabu, Nasi Dagang atau Nasi Lemak. Selain daripada kuih muih memang meriah dan harga murah sagt seronok. Rasa nak dtg lagi makan kat KB ni memang tak susah nak cari sarapan pagi.


Hari kedua di habiskan dengan melawat dan berjalan2 di sepanjang pasar paling galmor di KB ini. Mana lagi kalau bukan Pasar Besar Siti Khadijah tempat di mana anda boleh dapatkan mcm2 barang daripada barang mentah kepada barang yg telah siap. Kat sini boleh juga dapat makanan kuih muih dan juga masakan untuk makan sarapan. Mahamahu suka pergi sini sebab peniaga kat sini peramah dan juga tidak kedekut dengan senyuman. 


Betul kata org majoriti peniaga di sini adalah kaum wanita yg memang gigih mencari pendapatan. Kaum lelaki juga ada kat sini buat kerja2 berat dan juga berniaga. Tgk keadaan pasar yg klasik dan juga suasana riuh rendah dengan urusan perniagaan memang pasar ini wajib untuk di kunjungi bila sampai ke Kota Bharu





Mak kat sini memang rambang mata beli ikan bilis, ikan masin dan mcm2 lagi bahan mentah. Lepas habis shopping kat Pasar Besar Siti Khadijah ini masa untuk jalan2 di tengah bandar Kota Bharu. Antara tempat wajib di kunjungi adalah Gerbang Sultan Ismail Petra iaitu lambang kepada serambi Mekah di sini. Kawasan dataran luas ini di kelilingi dengan tempat2 besejarah seperti Istana Jahar iaitu Muzium Adat Istiadat Kelantan dan juga Pusat Kraft Kota Bharu. Kawasan menjadi lokasi untuk bergambar kenangan di KB ini.




Bila dah habis berjalan penat rehat makan tghari ada satu tempat makan best tapi Mahamahu akan cite pada entry akan dtg khas tempat makan tghari yg popular di Kota Bharu. Bila dah makan tghari masa utnuk meninggalkan kota ini dengan sedihnya. Walaupun 2 hari 1 malam sahaja berada di Kota Bharu memang satu pengalaman best dan menarik di sini. Paling penting dtg sini kena ada transport sendiri lagi senang nak gerak. Kalau nak naik public transport pun boleh cuma leceh sikit. So jng lupa untuk letakkan Kota Bharu sebgai salah satu lokasi pelancongan anda tahun ini. Selamat berjalan-jalan......