Kelantan,
Nikmati Seafood Celop Tepung di Pantai Cahaya Bulan
Nikmati Seafood Celop Tepung di Pantai Cahaya Bulan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Semalam Mahamahu ada buat entry tentang percutian Mahamahu bersama keluarga di Kota Bharu. Tapi Mahamahu tak cite pasal tempat makan yg menarik di sekitar Kota Bharu kan. Kali ni Mahamahu nak bawa anda untuk nikmati satu2nya lokasi yg ada menjual Seafood Celop Tepung.
Kalau dtg 9km dari bandar Kota Bharu ini anda akan sampai ke satu pesisir pantai yg cukup popular di Kota Bharu iaitu Pantai Cahaya Bulan atau PCB. Kalau sebut PCB ni lokasi yg bukan sahaja untuk beristirehat bersama keluarga tapi juga lakasi untuk makan2. Kata org kalau dah sampai Kota Bharu ini mesti kena singgah PCB dan nikmati Seafood Celop Tepung.
Kat sini memang banyak gerai yg jual makan itu sepanjang Pantai Cahaya Bulan tu memang ada jer gerai2 jual Seafood Celop Tepung. Kat sini semua jenis seafood anda boleh dapat segar dan di goreng panas untuk anda makan. Anda boleh pilih mcm2 pilihan seafood seperti udang, sotong, ikan juga ada seperti fish ball, hotdog dan mcm2 lagi. Semua di celop dengan tepung rangup dan di goreng panas untuk anda makan.
Mahamahu buat pertama kali cuba memang cukup menarik di makan bersama sos pencicah yg di hasilkan sendiri. Semua bahan2 celop yg di goreng akan di potong kecil untuk memudahkan anda makan. Boleh pilih mengikut harga yg telah di tetapkan kalau nak beli pasti tgk harga dulu ok. Gerai2 kat sini di buka sehingga tengah malam so boleh lepak sepanjang PCB untuk makan Seafood Celop Tepung.
Selain tu juga popularnya makan kat sini adalah Maggi Ketam. Specialnya Maggi Ketam ini kerana ketam yg di masak adalah fresh dan masih hidup bersama dengan udang2 besar yang segar2. Tapi hati2 nak makan kerana harga boleh tahan satu mangkuk Maggi Ketam RM 25 hehehe. Tapi kalau nak cuba memang puas hati kerana rasa ketam yg segar dan sedap. Mahamahu sendiri bila tgk pun memang padan lah dengan harga dan juga masakannya.
Maggi Ketam RM25 |
So bila sampai ker Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu mesti cuba 2 jenis makanan ini kerana ia unik dan tiada di tempat lain cuma popular di Kelantan. Mahamahu pun rasa puas hati sebab dpt cuba makanan yg istimewa ini. Lepas ni nak pergi KB jgn lupa ajak Mahamahu yer sebab makanan kat sini memang best and terbaikkkk... Selamat menjamu selera......
0 Pandangan: