Japanese Cuisine,Simple Japanese - Lagi Citarasa Jepun Untuk Dinikmati di Armada Hotel
Simple Japanese - Lagi Citarasa Jepun Untuk Dinikmati di Armada Hotel - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni Mahamahu dapat makan makanan Jepun lagi dan pasti di sebuah hotel yg selalu buat promosi setiap bulan dengan menu2 terbaru. Armada Hotel melalui Utara Coffee House nya mengadakan bulan makanan Jepun dengan tema 'Simple Japanese'.
Hidangan makanan Jepun yg di garap sendiri ole Chef Syed yang cukup profesional dalam masakan Jepun lebih dari 10 tahun. Menepati citarasa dan selera rakyat Malaysia garapan ini sedikit tidak menghilangkan keaslian makanan dari negara matahari terbit tersebut. Masih menggunakan bahan mentas asli ia bagaikan satu gubahan hidangan baru untuk kita cuba. Mahamahu dah cuba sendiri taste makanan Jepun ini memang cukup hebat dan memukau.
|
Kijidon Domburi |
Pertama sekali
Mahamahu suka adalah menu di beri nama
Kijidon Domburi atau dikenali sebagai teriyaki ayam, hidangan ayam mudah klasik panggang dan berlapis dengan sos coklat manis melekit dihidangkan dengan nasi dan sisi jeruk. Itu paling
Mahamahu suka sekali kerana rasa sos yang cukup pekat dan sesuai untuk kita rakyat Malaysia. Kedua pula kegemaran
Mahamahu adalah
Seirogohan Zen, kuali goreng ikan salmon goreng dihidangkan dengan nasi panas beruap.
|
Seirogohan Zen |
Makan Ala Carte ini di sediakan dalam satu hidangan untuk seorang makan memang cukup kenyang dan sedap.
Mahamahu makan memang terasa kesedapan makanan Jepun, itu di buktikan dengan makanan
Namagaki Moriawase iaitu tiram segar dibakar pada shell separuh dan drizzled dengan sama ada Monoshi atau sos Motoyaki. Kemudian makan dengan
Maguro Tempura adalah tuna dalam adunan ringan, goreng ke dalam perang keemasan rangup dan berlapis lebih dengan sos teriyaki manis.
|
Namagaki Moriawase |
|
Maguro Tempura |
Seafood Maki Roll adalah gabungan gulungan sushi makanan laut dan juga unagi sauce yang lebih sedap dan manis. Ini termasuk
Gindara Misoyaki iaitu masakan ikan cod yang di perap dengan miso paste menjadikan hidangan ini cukup sedap dan rangup di luar. Yang terakhir
Mahamahu suka dalam menu ini adalah
Shogayaki iaitu makanan daging lembu goreng dengan sos halia dan di hidang dengan nasi goreng panas memang mengangkat rasanya.
|
Seafood Maki Roll |
|
Gindara Misoyaki |
|
Shogayaki |
Kalau kawn2 nak cuba makana Jepun ini memang cukup unik dan sedap pada haga yang bebaloi untuk di makan. Tak perlu terbang jauh di negara kita pun dah ada banyak makanan Jepun yang sedap2. Kalau nak buat tempahan boleh hubungi
Armada Hotel 03-7954 6888 sekarang. Selamat menjamu selera ok.....
0 Pandangan: