Mahamahu,

Singgah Beli Roti Terbaik Di PastryVille

Jumaat, Mei 16, 2014 Mahamahu 0 Comments

Singgah Beli Roti Terbaik Di PastryVille - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu pantang tgk roti yang berbagai perisa dan bentuk mesti nak cuba. Kebetulan pula hari tu jalan2 kat Subang Parade ternampak sebuah kedai roti yang menarik dan juga mcm sedap. Mahamahu singgah untuk mencuba di PastryVille dengan lebih 50 jenis roti yg di masak sedap dan menarik menanti anda.


Mahamahu tertarik dengan 2 jenis roti ni rupa pun nampakk menawan bila rasa apa tah lagi kan. Apple Danish dan Custard Strawberry nama roti tu memang cukup sedap. Yg apple tu rasa apple dan juga custard di dalam yg sedap dan menarik. 

Apple Danish

Custard Strawberry

Selain tu juga Mahamahu suka Magherita iaitu roti bersama dengan sos yang di lapis dengan tomato segar. Memang cukup sedap dan menarik untuk makan kalau beli satu keping sahaja dah kenyang. Kalau peminat coklat boleh cuba roti Chocolate Bun dan juga Butter Chocolate yang memang sedap dan menarik.

Magherita
Chocolate Bun

Butter Chocolate

Satu ni agak unik dan pelik di hasilkan daripada Oreo dan memang rasa cukup sedap. Seperti puding dan di lapis dengan Oreo di atasnya menjadikan ia manis2 rangup di luar. 

Oreo

Custard Peach


Kalau Mahamahu dtg lagi kat sini mesti beli roti kat sini memang terbaik sedap and harga berpatutan. PastryVille ni ada banyak cawangan selain di Subang Parade ada di Hartamas Shopping, UOA II, Wangsa Walk dan E-Curve. So kawn2 kalau rasa nak cuba memang ni tempat terbaik dan recommended dari Mahamahu untuk anda ok. Selamat mencuba........

Follow laman social mereka..