Armada Hotel,Armada Hotel Petaling Jaya Membawakan Citarasa Tradisi Ramadhan
Armada Hotel Petaling Jaya Membawakan Citarasa Tradisi Ramadhan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni review kat hotel yg selalu buat promosi dan juga hidangan hebat2 tiap2 bulan. Kalau korang nak rasa and cuba menu yg unik2 dan berlainan setiap bulan Armada Hotel lah tempat yg paling sesuai. Kali ini pula dengan konsep Citarasa Tradisi Ramadhan bersempena dengan bulan puasa yg akan tiba ini, Armada Hotel menyediakan pelbagai menu tradisi untuk anda berbuka puasa.
Bermula daripada 7 Julai 2014 hingga 27 Julai 2014 promosi buffet Ramadhan ini memang cukup berbaloi pada harganya. Malah siap ada lagi Pra-Ramadhan yg bermula pada 23 Jun hingga 6 Julai pada harga yg lagi istimewa. Memang special kat Armada Hotel ni dengan masakan yg sedap2 dan hebat, jom kita tgk pula antara hidangan yg bakal di sediakan untuk sambutan bulan Ramadhan kali ini.
|
Sup Tulang Rusuk |
|
Bubur Lambuk |
|
Kerabu Pucuk Paku |
|
Kerabu Sotong |
Pasti dengan tema Citarasa Tradisi Ramdhan pastinya hidangan yg ada pun menepati selera untuk mereka yg ingin berbuka puasa di sini. Di mulakan dengan pembuka selera yg ada seperti Lemang, Serunding, Ulan-ulaman, Kerabu Sotong, Sup Tulang Rusuk dan juga Bubur Lambuk. Mahamahu paling suka adalah Sup Tulang Rusuk memang terasa rempah ratus sup dan juga daging pasa tulang tu lembut tak liat, menepati selera org Melayu lah.
|
Nasi Beriyani |
|
Kari Kepala Ikan |
|
Sambal Udang Petai |
|
Nangka Muda Masak Lemak |
|
Asam Laksa Ikan Sekor |
|
Sambal dan Serunding |
Bagi hidangan utama pula di sediakan dalam set buffet Ramadhan ini adalah seperti Nasi Putih, Nasi Beriyani, Beryani Ayam, Kari Kepala Ikan, Sambal Udang Petai, Nangka Muda Masak Lemak dan Asam Laksa Ikan Sekor. Yg ni memang kalau makan cukup menyelerakan dan puas sgt sedap. Kalau yg memang berbuka makan nasi bagi Mahamahu menu2 ini sesuai.
|
Roast Lamb Leg with Gravy Mint Yoghurt |
|
Satay ayam dan juga satay daging |
Bagi yg suka makan makanan bakar atau panggang ada juga kat sini iaitu Roast Lamb Leg with Gravy Mint Yoghurt, Satay ayam dan juga satay daging bersama nasi impit dan Lidah Sapi with Air Asam. Mahamahu tak makan sgt lidah ni tapi kalau satay memang pantang nampak mesti habis dulu hehehehe. Kat sini juga ada Nasi Goreng Kerabu dan juga Ikan Masin dan Telur Masin sedap special.
|
Nasi Goreng Kerabu |
|
Daging Rendang |
|
Ayam Masak Merah |
|
Kari Ikan |
Akhir sekali tak lengkap lah hidangan buffet Ramadhan kalau tak ada pencuci mulut dan juga buah-buahan. Kat sini di sediakan berbagai hidangan kuih-muih tradisional yg enak dan lazat. Selain tu juga ada kuih muih international seperti Baklava Fillo dan Basbosa. Bagi yg suka bubur kat sini ada Bubur Pulut Hitam dan juga Puding Roti memang menarik. Paling special Mahamahu cuba kat sini adalah Roti Canai Durian memang sedap dan terasa Duriannya.
|
Baklava Fillo |
Selain tu juga kat sini memang cukup popular dengan buah-buahan tempatan seperti buah Manggis, Langsat, Tembikai, Nenas dan juga Betik untuk hidangan pengakhir menu. So lepas ni kalau nak makan hidangang lengkap dan sempurna bukan sahaja dari segi rasa masalah penyediaan Utara Coffe House di Armada Hotel Petaling Jaya adalah lokasinya.
Sebarang tempahan boleh hubungi seperti di bawah
UTARA COFFE HOUSE ARMADA HOTEL
Tel : (03) 7954 6888 ext. 4557
0 Pandangan: