Buah-Buahan,
Rasai Kesegaran Jus Tanggo Dari Dapur Mahamahu
Rasai Kesegaran Jus Tanggo Dari Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Hari ni kita kembali ke dapur Mahamahu untuk satu lagi resepi ringkas mudah dan bujang hehehe. Mahamahu nak buat jus yg segar dan fresh di beri nama Jus Tanggo. Ia adalah gabungan dua jenis buah-buahan segar untuk kesihatan iaitu Tembikai dan Mangga sebab tu nama nya Jus Tanggo.
Cara penyediaan dan nak buat Jus Tanggo ni tak sampai pun 10 minit sekejap jer mudah dan cepat. Bahan2 pun tak banyak hanya perlukan buah Mangga masak dan juga buat Tembikai Merah. Boleh gak nak guna tembikai kuning atau tembikai susu, tapi rasa dia lain lah kan pada yg suka boleh di alu-alukan. Kupas semua buah tadi dan juga potong kecil2 untuk memudahkan kita nak kisar menjadi jus.
Dah kupas dan potong buah2 tadi boleh di masuk dalam mesen pengisar atau blander mudah cepat. Masukan sekali sedikit gula untuk tambah perisa dan juga beberapa ketul ais batu untuk memberi kesejukan kepada minuman ini. Lepas tu di kisarlah sehingga halus campuran buah tadi kisar sampai sebati.
Lepas tu boleh lah di hidangakan dalm satu cawan dan di hias dengan buah agar nampak lebih menyelerakan. Ni minuman sihat untuk sapa yg nak mengamalkan diet buah-buahan. Tak adalah perlu belapar cuma kurang makan kanji tapi masih ada tenaga dari gula buah-buahan. Nak buat minuman untuk majlis harijadi atau majlis kenduri kahwin pun sesuai. Special sikit kan buah-buahan ni pun senang nak dpt kat Malaysia ni. So selamat mencuba ok.....
memang sesuai buat minum di cuaca panas ni..
BalasPadam