Buffet Ramadhan,Warna Warni Ramadhan Bersama Jaafar Onn di Dorsett Grand Subang
Warna Warni Ramadhan Bersama Jaafar Onn di Dorsett Grand Subang - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Buat pertama kali buffet Ramadhan ada persembahan dari chef artis kali ni di Dorsett Grand Subang mempersembahkan Jaafar Onn dan rakan artis Haiza menemai tetamu sepanjang Ramadhan nanti. Buffet Ramadhan bermula dari 29 Jun 2014 hingga 25 July 2014.
Di sini Mahamahu dapat nikmati makanan tradisional Melayu dengan berbagai gerai special di hidangkan di Melati hall. Bermula pada harga RM110++ seorang, manakala bagi warga emas dan juga kanak2 di antara umur 6 hingga 12 tahun diskaun 50%. Bebaloi buffet di Dorsett Grand Subang kerana berbagai hidangan bersama artis jemputan, lagi untung kalau tempah awl dapt diskaun lagi sebanyak 25%
|
Kambing Panggang |
|
Nasi Arab |
Tema di sini menyediakan gerai2 mengikut hidangan terutama masakan Melayu tradisional. Paling mencuri perhatian adalah gerai Kambing Panggang bersama Nasi Arab. Menjadi menu wajib dalam buffet Ramadhan di mana2 lokasi. Tapi special kat sini adalah gerai Sup Gear Box, tak pernah di buat org ada sup gear box untuk majlis berbuka puasa. Mahamahu cuba sup gear box ni memang sedap dan rasa daging yg lembut tambahan bila sedut bahagian dalam tu memang lagi menarik.
|
Sup Gear Box |
|
Nasi Ayam |
Selain itu juga, ada gerai Roasted Chicken Rice yg menyediakan Nasi Ayam dan juga Nasi Itik. Memang menarik rasa nasi cukup sedap dan cukup enak. Selepas tu ada juga hidangan nasi campur bersama lauk pauk yg enak2. Antara lauk masakan tempatan yg ada di sini adalah seperti Dalcha Sayur, Assorted Braised Vegetables, Chilli Flower Crab, Ikan Tenggiri Asam Pedas dan Nasi Briyani Gam Ayam.
|
Assorted Braised Vegetables |
|
Dalcha Sayur |
|
Chilli Flower Crab |
|
Ikan Tenggiri Asam Pedas |
|
Nasi Briyani Gam Ayam |
|
Kerabu Perut |
|
Kerabu Mangga |
|
Ulam Ulaman |
Mereka juga ada menyediakan hidangan masakan berbuka puasa bertemakan masakan Cina. Tapi untuk berbuka puasa di sini harga berbeza iaitu RM100++ seorang. Ia di hidangkan di bahagian lain dalam Dorsett Grand Subang iaitu di The Emperor. Semua hidangan cina tradisional special untuk berbuka puasa.
Manakala bagi hidangan berbuka puasa international juga ada di sediakan di Dorsett Grand Subang iaitu di TERAZZA pada harga RM120++ seorang dan bagi kanak2 serta warga emas diskaun 50%. Semua buffet Ramadhan ini di buka bermula dari pukul 6.30ptg hingga 9.30mlm setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan membuat tempahan buffet Ramadhan di Dorsett Grand Subang boleh berhubung seperti di bawah.
WARNA WARNI RAMADHAN @ MELATI
Tel : 03 - 5031 6060 ext 3032
BUKA PUASA @ THE EMPEROR
Tel : 03 - 5031 6060 ext 1954
RAMADHAN INTERNATIONAL CUISINE @ TERAZZA
Tel : 03 - 5031 6060 ext 1912
Email : info.subang@dorsetthotels.com
0 Pandangan: