Hari Raya,
7 Panduan makan secara sihat di Hari Raya
7 Panduan meraikan tetamu secara sihat di Hari Raya
7 Tips Makan Sihat di Hari Raya Untuk Pembaca Blog Mahamahu
7 Tips Makan Sihat di Hari Raya Untuk Pembaca Blog Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan2 sekalian. Sempena dengan Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi, Mahamahu nak berikan sedikit tips sebagai panduan untuk makan di Hari Raya nanti. Tips ini pun Mahamahu dapat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia banyak sebenarnya panduan yg di sediakan tapi Mahamahu bagi sikit2 dulu yer. Moga ia dapat membantu anda untuk terus sihat ketika beraya nanti ok.
7 Panduan untuk anda menyediakan hidangan secara sihat di Hari Raya
- Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut dan kek. Gunakan ½ atau ¾ daripada kuantiti gula yang biasa digunakan semasa menyediakan biskut dan kek.
- Gunakan daging yang telah dibuang lemak atau ayam yang telah dibuang kulit.
- Kurangkan menyedia makanan yang bersantan, bergoreng dan berminyak.
- Gantikan penggunaan santan dengan susu rendah lemak dalam penyediaan rendang atau kuah lontong.
- Potong ayam atau daging dalam saiz yang kecil.
- Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan buah prun.
- Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam penyediaan kuih-muih, kek dan puding.
7 Panduan makan secara sihat di Hari Raya
- Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil.
- Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan.
- Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit.
- Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol.
- Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut.
- Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek.
- Minum air kosong berbanding minuman berperisa berkarbonat atau minuman yang manis.
7 Panduan meraikan tetamu secara sihat di Hari Raya
- Sediakan makanan dalam saiz hidangan yang kecil.
- Sediakan air kosong pada setiap waktu makan.
- Asingkan gula apabila menghidang teh atau kopi agar tetamu dapat mengisi gula mengikut keperluan mereka.
- Hidangkan pelbagai jenis sayur bersama hidangan utama.
- Hidangkan buah-buahan pada setiap waktu makan sebagai pencuci mulut.
- Sediakan pilihan makanan yang lebih sihat seperti sup berbanding kuah lemak.
- Elakkan menghidang asam, jeruk dan gula-gula kepada tetamu semasa Hari Raya
Agar panduan2 dan tips ini dapat membantu anda serba sedikit untuk mengekalkan kesihatan semasa makan di Hari Raya. Maklumlah kan Hari Raya ni semua org nak makan banyak dan makan pulak tu semua sedap2. Yang penting kita kena jaga kesihatan agar Hari Raya adalah hari paling menyeronokan bukan hari malang untuk kita ok. Mahamahu nak ucapkan selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog Mahamahu maaf zahir batin.