Buffet,Buffet Makan Malam Raja Ketam di ParkRoyal Kuala Lumpur
Buffet Makan Malam Raja Ketam di ParkRoyal Kuala Lumpur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bermula 1 Ogos 2014 ini sehingga 30 Ogos 2014 Chatz Brasserie cafe di ParkRoyal Kuala Lumpur akan memberi tawaran hebat untuk buffet makan malam. Ia hanya ada pada hari Jumaat dan Sabtu setiap minggu dalam bulan promosi ini sahaja. Ia adalah menu istimewa dengan Raja Ketam yg di masak dengan 10 jenis rasa yang berbeza.
|
Steamed Crab with Egg White |
Mahamahu bersama rakan2 blogger lain berkesempatan untuk menikmati hidangan hebat buffet makan malam mereka bagi bulan Ogos ini. Menyajikan pelbagai makan laut dan juga hidangan panas2 lain ParkRoyal juga menyediakan 10 hindangan menu istimewa berasaskan ketam daripada Indonesia. Ramai yg gila akan ketamkan tambah2 pula ketam dengan isi yg tebal dan penuh bila pecahkan cengkerangnya dapat makan isi yg mampat tu memang cukup puas hati.
|
Kam Heong Crab |
|
Wok-Fried Meat Crab With Salted Egg |
Mahamahu paling suka adalah Butter Meat Crab ini kerana rasa daging ketam yg tebal di saluti dengan butter yg manis2 masin memang sesuai dan di goreng panas pulak tu. Pilih utama Mahamahu untuk hidangan ketam ini. Selain itu juga, Kam Heong Crab iaitu seakan masak ketam sambal pedas memang menjadi antara pilihan Mahamahu, kerana ketam di goreng dengan cili yg pedas dan menyelerakan.
|
Butter Meat Crab |
|
Wok-Fried Chilli Meat Crab |
Bagi yg suka rasa original ketam boleh cuba Steamed Crab with Egg White kerana ia adalah masakan chinese yg mengkukus ketam dengan rempah ratus tradisional masyarakat cina. Bagi yg suka rasa telur masin boleh cuba Wok-Fried Meat Crab With Salted Egg ini memang juga antara hidangan yg menjadi pilihan tetamu yg dtg untuk cuba menu ketam ini, bersama Wok-Fried Chilli Meat Crab juga.
|
Blue Flower Crab Masak Lemak Nenas |
|
Sweet and Sour Meat Crab |
|
Fried Blue Flower Crab with Chilli Spices |
Selain itu ada hidangan ketam masak tradisional Melayu iaitu Blue Flower Crab Masak Lemak Nenas yg memang menjadi kegemaran masyarakat Melayu. Untuk rasa masam manis ada hidangan ketam Sweet and Sour Meat Crab pun ada, ada masak goreng iaitu Fried Blue Flower Crab with Chilli Spices dan Deep-Fried Soft Shell Crab. Satu lagi hidangan ketam yg special kat sini adalah Wok-Fried Crab In Marmite Sauce.
|
Deep-Fried Soft Shell Crab |
Kalau anda ambil set buffet makan malm ini bukan hanya dapat makan ketam sahaja tapi ada lebih berpuluh-puluh hidangan lain yg ada untuk anda pilih dalm set buffet ini. Ada hidangan Jepun, hidangan Thailand dan Shanghai yg di sediakan dalam buffet makan malam ini juga. Selain dari itu ada juga makanan tempatan yg berasaskan ketam juga turut di sediakan seperti Kerabu Ketam dan juga Sup Ketam.
|
Wok-Fried Crab In Marmite Sauce |
Mcm2 lah makanan kat dalam set buffet ini memang tak rugi pergi makan bawa bersama keluarga atau rakan handal untuk sama2 makan ketam sepuas2nya. Paling best buffet ini hanya pada harga RM85.00 nett untuk dewasa manakala RM42.50 nett untuk kanak2 sahaja. Untung sgt dpt makan ketam yg susah nak dtg kat Malaysia ini dan isi ketam ini memang cukup tebal dan puaslah untuk kita makan. Kalau rasa nak cuba ketam Mahamahu syorkan untuk ambil set buffet makan malam di ParkRoyal Kuala Lumpur ini.
Tempahan boleh hubungi :-
CHATZ BRASSERIE PARKROYAL
Tel : 03 - 2147 0088
Email : chatz.prkul@parkroyalhotels.com
0 Pandangan: