Buffet Ramadhan,

Buffet Ramadhan Mewah Resepi Ibunda Di Pacific Regency Hotel Suites

Rabu, Julai 02, 2014 Mahamahu 0 Comments

Buffet Ramadhan Mewah Resepi Ibunda Di Pacific Regency Hotel Suites - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekali kala kalau nak berbuka dengan rasa suasana mewah dan begitu exclusive tapi dengan harga berpatutan sini lah tempatnya. Cafe ni berada di tingkat 23 Pacific Regency Hotel Suites di Jalan Puncak, Off Jalan P.Ramlee. Kalau korang nak pergi Menara KL tu akan melalui Pacific Regency ini betul2 bertentang dengan Menara KL jer.


Mahamahu di jemput untuk review di sini memang teruja sgt kerana firstime masuk hotel suites yg begitu mewah. Tapi harga untuk buffer Ramadhan kat sini tak begitu mahal malah berpatutan untuk di cuba. Bermula dari harga RM88++ untuk seorang memang bebaloi dengan hidangan yg ada dan juga inviroment yg menarik. Kalau anda buat tempahan secara berkumpulan harga lebih murah hanya RM78.00++ untuk seorang.



Buffet Ramadhan ini di adakan di Soi23 cafe tingkat 23 so korang boleh nampak pemandangan indah Kuala Lumpur dan juga menara ke 7 tertinggi di dunia Menara KL. Dengan tema Resepi Ibunda buffet Ramadhan di sini menyediakan menu2 masakan tempatan yg enak2 dan pelbagai pilihan.

Nasi Limau Bergajus

Sambal Goreng Udang Petai

Kambing Hitam Manis

Daging Rendang Hiris Daun Kunyit

Gulai Ikan Siamese

Sotong Sambal Goreng Jawa

Sup Ekor
 
Soi Kambing Kuzi

Di antara menu yg ada dalam list buffet Ramadhan di Soi23 Cafe iaitu Nasi Limau Bergajus, Daging Rendang Hiris Daun Kunyit, Siakap Goreng Berempah, Kambing Hitam Manis, Sambal Goreng Udang Petai, Ayam Penyet, Gulai Ikan Siamese dan Soi Kambing Kuzi

Telur Masin

Kerabu Ayam

Kerabu Mangga

Ikan Masin

Kerabu Perut

Satay Ayam

Satay Daging

Lemang & Nasi Impit

Kalau pencuci mulut kat sini specialnya ada satu dessert yg menjadi kepakaran chef di situ di panggil Ginger 'Teh Tarik' Panna Cotta. Mahamahu dah cuba ia ada rasa teh tarik yg di masak pekat dan juga ada rasa haruman halia special. Lain2 pencuci mulut juga menarik di sini ada kuih muih tradisional dan juga dessert barat. 

Ginger 'Teh Tarik' Panna Cotta



Kat sini juga ada makanan bubur tradisional seperti Bubur Kacang Hijau dan juga Pengat Pisang. Bagi yg suka makanan sejuk boleh buat sendiri ABC dan juga Ais Krim. Mahamahu dah puas makan kat situ memang best seronok dan rasa hidangan yg enak. Boleh dtg dengan keluarga dan rakan2 kerena lokasi ini sgt menarik dan exclusive. Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh dptkan detail seperti di bawah.

SOI23 PACIFIC REGENCY HOTEL SUITES
Tel : 03 - 2332 7777 ext 6807
Email : fnbadmin@pacific-regency.com







0 Pandangan: