Gillette,
Gillette Memperkenalkan Pisau Cukur Brazil Edisi Khas Piala Dunia
Gillette Memperkenalkan Pisau Cukur Brazil Edisi Khas Piala Dunia - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu adalah org yg hari2 kena bercukur di muka kerana selalu ditumbuhi jambang dan janggut yg cepat panjang. Setiap pagi kalau mandi tu memang lama kerana termasuk sekali masa untuk bercukur. Bila bercukur perkara paling penting adalah keselematan ketika bercukur dan juga kelancaran cukuran tu sendiri.
Tapi bila Gillette memperkenalkan pisau cukur special edisi piala dunia tahun ini memang Mahamahu rasa nak mencuba. Bukan kerana piala dunia semata-mata tetapi kerana Mahamahu percaya kepada jenama Gillette yg telah bertahun-tahun menggunakan jenama ini. Tapi bila ada edisi pisau cukur Brazil ini lagi lah Mahamahu hendak cuba dan rasai kelainan dalam cukuran sendiri. Ada 2 jenis pisau cukur edisi piala dunia keluaran Gillette iaitu Pisau Cukur Brazil Manual Gillette® Fusion® ProGlide™ dan Pisau Cukur Brazil Gillette MACH3 edisi terhad.
Pisau Cukur Brazil Manual Gillette® Fusion® ProGlide™ adalah pisau cukur Gillette yang paling canggih. Bilah yang lebih nipis dan halus dengan salutan rendah rintangan meluncur lancar melalui bulu untuk mengurangkan tarikan dan regangan, memberikan keselesaan yang menakjubkan walaupun bagi mereka yang bercukur setiap hari mcm Mahamahu. Pisau cukur yang di datangkan dengan 4 bilah pisau yang pertama memberikan hasil cukuran lebih teliti.
Pisau Cukur Brazil Gillette® MACH3 yang asli meneruskan legasi yang memberikan cukuran yang licin. Teknologi 3 bilahnya memberikan cukuran yang selesa dengan ketahanan yang hanya dapat diberikan oleh bilah yang boleh ditukar. Comfort Guard yang disertai 5 Microfin memberikan cukuran yang licin dan selesa, sementara Indicator® Lubrication Strip akan pudar menjadi putih untuk menunjukkan bahawa anda tidak lagi mendapat cukuran yang optimum daripada bilah pisau cukur anda.
Kalau kawn2 tgk sendiri hasil cukuran pisau cukur edisi Brazil keluaran Gillette ini memang cukup kemas dan ketara. Mahamahu yg guna sendiri dapat rasakan perbezaan dengan rasa kulit lebih licin dan lebih selamat. Mahamahu selalu bercukur hari2, jadi nak kemaskan wajah daripada hasil cukuran bulu jenama Gillette yg menjadi pihan utama.
Mana nak dapatkan product Pisau Cukur Brazil Manual Gillette Fusion ProGlide dan Pisau Cukur Brazil Gillette MACH3 dekat jer. Hanya di pasaraya seperti Tesco dan banyak lagi tapi ia hanya di jual untuk tempoh yg terhad sahaja selagi piala dunia ini berlangsung. Harga pun menarik dan berpatutan iaitu pisau cukur Gillette® Brazil Affinity ProGlide adalah RM30.90 dan RM13.90 (MACH3). Jadi apa tunggu lagi jadikan ia sebahagian koleksi sempena dengan piala dunia tengah belangsung sekarang ni. Selamat mencukur.....