Mahamahu,
PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAU FOO
Kemeriahan Majlis Iftar Ramadhan 2014 eWanaFM dan Pak John Steamboat
Kemeriahan Majlis Iftar Ramadhan 2014 eWanaFM dan Pak John Steamboat - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Pertama sekali Mahamahu nak ucap terima kasih kepada eWanaFM kerana telah membuka peluang blogger kepada Mahamahu untuk merasai bagaimana menjadi penyampai radio yg selama ini hanya Mahamahu dgr sahaja. Terima kasih juga kepada komuniti Hai Blogger terutama Halim Brother yg banyak bagi peluang kepada blogger seperti Mahamahu untuk rasai pengalaman ini.
Di situlah segalanya bermula bagaimana Mahamahu mengenali eWanaFM satu pengalaman yang tidak akan di lupakan dan merupakan satu yang terbaik dalam hidup Mahamahu pernah lakukan. Kalau anda mahu merasakn pengalaman seperti Mahamahu degrkanlah eWanaFM di sini [klik sini]. Hubungan itu bukan sahaja habis di situ dan di teruskan dengan program Iftar Ramadhan 2014 bersama eWanaFM dan Pak John Steamboat.
Mahamahu sebagai food blogger merasakan peluang ini adalah satu peluang kemasan untuk terus mengembangkan network dan juga mengenali lebih ramai blogger di luar sana. Terima kasih kepada Pak John Steamboat eCurve kerana menaja program Iftar ini bersama-sama. Mahamahu pernah dtg untuk review di sini dan Pak John Steamboat adalah antara lokasi berbuka puasa yg paling best dan terbaik pernah Mahamahu review sebelum ini nak tahu [klik sini].
Bukan nak puji bukan nak ampu tapi apa yg Mahamahu dan rasai sendiri bila makan di Pak John Steamboat ia adalah pengalaman baru yg membuat deria rasa ini lebih pelbagai. Knp Mahamahu cakap begitu kerana aneka juadah dan juga makanan yg boleh di nikmati di sini. Itu adalah daya tarikan pertama selain daripada harga dan juga suasana yg lebih kompetitif. Pak John Steamboat sudah mempunya dua cawangan utama iaitu di eCurve dan juga di Wangsa Maju.
1) Restaurant Pak John Steamboat & BBQ
eCurve
Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor, eCurve
No. 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya
eCurve
Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor, eCurve
No. 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya
Tel: 03-7733 3913
2) Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tao Foo
Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02, Wangsa Walk Mall,
Wangsa Avenue
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
2) Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tao Foo
Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02, Wangsa Walk Mall,
Wangsa Avenue
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4141 8898
Steamboat and Grill Seafood |
Sebenarnya ada beberapa hidangan yg Mahamahu paling suka bila berkunjung di Pak John Steamboat ini. Paling Mahamahu suka sempena dengan berbuka puasa ini adalah adalah Chicken Coke dan juga Nasi Tomato, merupakan satu kombinasi paling serasi bila di makan di sana. Selain itu juga, Mahamahu cinta kepada rasa seafood yg ada disana. Makanan laut yg segara di masak steamboat di dalam 6 jenis kuah sup yg beraneka menjadi satu hidangan utama paling menarik. 6 jenis sup utama yg menjadi tarikan di sini iaitu Beef Bone Pepper Soup, Tomyam Soup, Curry Soup, Miso Soup, Chicken Soup dan juga Prawn Soup khas sempena Ramadhan ini.
6 Jenis Sup Special termasuk Prawn Soup |
Chicken Coke |
Nasi Tomato |
Bila masa nak makan dessert Mahamahu paling suka kat Pak John Steamboat ini adalah Waffer Aiskrim yg di hasilkan sendiri oleh chef2 profesional mereka. Sedap bila dah makan panas2 lepas tu makan pula aiskrim yg sejuk dapat meredakan perut ini. Selain tu juga, Mahamahu suka Jagung Manis yg ada kat situ mana ada tempat lain ada sediakan jagung manis untuk berbuka puasa special kan kat Pak John Steamboat ni.
Waffer Aiskrim kredit utk Ciklilyputih.com |
Jagung Manis kredit utk kiflimally.com |
Kalau kawan2 tgk pada gambar makanan kat sini Mahamahu sempat ambil memang menggiurkan sekali apatah lagi kalau dah dtg dan nikmati makanan kat sini. Masa Majlis Iftar Ramadhan 2014 eWanaFM dan Pak John Steamboat, Mahamahu bukan sahaja dtg makan bersama rakan2 blogger tetapi mereka juga meraikan anak2 yatim dari Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah. Program amal daripada eWanaFM dan juga Pak John Steamboat ini adalah bagi meraikan golongan kurang bernasib baik seperti kanak2 ini.
Mahamahu dapat rasakan keseronokan dan kegembiraan dalam Majlis Iftar Ramadhan 2014 eWanaFM dan Pak John Steamboat ini. Kalau kawn2 nak rasai dan tgk sendiri suasana kegembiraan dan kesedapan makanan boleh tonton video khas di sediakan di sini. Memang ia adalah pengalaman paling best yg menarik sepanjang bulan Ramadhan tahun ini dapat makan, mengerat silatulrahim dan meraikan golongan kurang bernasib baik.
Sempena dengan Ramadhan ini Pak John Steamboat meraikan anda dengan promosi istimewa yg tiada di tempat lain. Dengan harga RM39++ untuk seorang bagi berbuka puasa anda dapat menikmati segala hidangan yg ada dalam Pak John Steamboat ini. Apa tunggu lagi jom kita berbuka puasa di Pak John Steamboat mesti tak ruginya. Selamat berbuka pada semua......
PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAU FOO
Laman web : http://www.pakjohn.com
Facebook : https://www.facebook.com/pakjohn.ytf?fref=ts
0 Pandangan: