Anak Yatim,
Majlis Berbuka Puasa PICC Bersama Anak Yatim Dan Media
Majlis Berbuka Puasa PICC Bersama Anak Yatim Dan Media - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Alhamdulillah diam tak diam dah sampai 10 terakhir Ramadhan dan 10 mlm yg penuh keberkatan. Mahamahu gembira puasa tahun ini dapat lebih rapat dan kenal lebih ramai org dan pasti juga dapat meraikan anak-anak yatim.
Kali ini tiba masa Putrajaya International Convention Center meraikan anak-anak yatim dari Baitul Barokah Wal Mahabbah dan Institut Taufiq Islami. Seronok walaupun Mahamahu hanya di jemput untuk meriahkan majlis tapi bila bersama anak yatim rasa gembira bila tgk mereka juga turut gembira. Bulan mulia mcm ni lah masa untuk membantu mereka yg memerlukan agar dapat sama merasakan kemeriahan Ramadhan dan Syawal bakal menjelma nanti.
Kalau nak cite pasal makan buffet Ramadhan kat PICC ni memang tak habislah sebab kat sini lebih dari 200 hidangan di sediakan oleh barisan chef2 profesional. Tapi nak tahu detail menu2 dan makan2 yg ada di PICC buffet Ramadhan serta harga boleh layari entry lepas yg Mahamahu telah buat [klik sini]. Kat sini Mahamahu bagi sikit2 lah gambaran makanan yg sempat Mahamahu cuba sebab ini adalah kali ke 2 Mahamahu dtg buka puasa di PICC ini.
Bila majlis iftar bergini bukan sahaja seronok dapat meraikan anak2 yatim, tapi dapt berjumpa dan beramah mesra bersama rakan2 blogger lain. Bertambah riuhlah bila jumpa geng2 blogger ni tak kering gusi di buatnya. Rosma selaku artis yg membuat persembahan di PICC sepanjang Ramadhan ini pun turut sama bergembira dengan kami blogger2. Apa2 pun jutaan terima kasih kepada pihak PICC kerana sudi menjemput kami blogger2 ini moga hubungan ini akan terus kekal sehingga sampai bila2.. Ok selamat berpuasa semua....