Aktiviti,Philips Ultimate Cook-Off Meriah Di Aeon Big Subang Jaya
Philips Ultimate Cook-Off Meriah Di Aeon Big Subang Jaya - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Pada Sabtu lepas Mahamahu menjadi salah satu peserta untuk pertandingan Philips Ultimate Cook-off anjuran Philips Malaysia. Mahamahu bersama 9 blogger dan juga 10 org yg terpilih menu mereka untuk pertandingan Lost The Oil Not The Taste.
Sebelum ini selama 3 bulan
Philips melalui laman Facebook mereka
Philips Home Living Malaysia telah menganjurkan pentandingan mencari 10 resepi masakan tanpa minyak. Semua resepi ini harus di masak dan di muat naik dalam laman facebook
Philips. Setelah tamat tempoh penghantaran maka 25 June telah tesenarai 10 resepi pilihan
Philips, dan 10 pemenang ini akan di bertanding pada hari
Philips Ultimate Cook-Off.
Pada hari pertandingan tersebut 28 Jun 2014 Mahamahu telah di gandingkan dengan seorang pemenang utama yg terpilih iaitu Puan Ayi Alhamrah. Puan ni sempoi jer orgnya memang suka memasak dan banyak kali katanya masuk pertandingan memasak hehehe so tak bimbanglah Mahamahu. Sebelum acara memasak mula kami di hidangankan dengan cara memasak dan menggunakan AirFryer untuk memasak. Dua hidangan istimewa di bawakan oleh Chef Zam selaku duta kepada product AirFryer dari Philips ini. Mudah jer sebenarnya cara nak masak menggunakan AirFryer ni.
Pada masa pertandingan tu juga kami di bahagikan kepada 2 kumpulan besar untuk memasak, kumpulan Mahamahu dan akak Ayi dpat sesi pertama untuk memasak. Syukur gak kami dpt bahan utama untuk memasak iaitu ayam. Memang kalau ikutkan banyak resepi ayam untuk di masak tapi menurut kak Ayi dia telah memilih untuk membuat satay ayam bersama kuah percik.
Kami di berikan masa 20 minit untuk membeli bahan2 masakan sendiri kerana semua bahan tidak di sediakan. Kami juga di bekalkan dengan RM50 ringgit untuk membeli bahan2 masakan melalui Aeon Big Give Card. Kalau anda ada Aeon Big Give Card dan boleh mengumpul bonus point untuk redem hadiah istimewa dan juga boleh dapat promosi hebat di Aeon Big. So selepas kami di lepaskan untuk membeli belah apa lagi Mahamahu dgn kak Ayi pun terus lari tanpa henti untuk membeli belah kat Aeon Big Subang Jaya.
|
Hidangan Mahamahu dan Kak Ayi "Satay Ayam Tusukan Kasih" |
|
Salmon HUHA HUHA |
|
Chocolate Brownie Musim Jerebu |
|
Summer Prawn |
|
Ikan Pari Panggang |
Selepas habis membeli barang kami di beri masa 40 minit pula untuk memasak di stesen memasak yg di sediakan bersama AirFryer. Bahan utama yg perlu kami masak mesti di masak menggunakan AirFryer yg tidak perlu guna minyak dan cepat sangt untuk memasak. Mahamahu mula lah aksi untuk memotong, menyediakan bahan dan sehinggalah memerap ayam untuk di jadikan satay. Masa tu memang tak ingatlah buat keje kena laju and cepat takut tak cukup masa.
|
Puding Roti |
|
Udang Muhibbah |
|
Ayam Tandori dan Kebab |
|
Sayap Goreng |
|
Hidangan Juara tahniah buat Sidney |
Akhirnya kami dapat juga menyiapkan hidangan Satay Ayam and Kuah Percik dalam masa yg di tetapkan. Tapi kak Ayi memang seorang yg pakar tgk pada hiasannya memang cukup hebat akak ni rupanya. Mahamahu cuma tolong sikit2 jer. Lepas hidangan di pletting maka tiba masa untuk di adili oleh chef pakar iaitu Chef Zam dan juga Chef Marina. Hidangan Mahamahu dan juga kak Ayi di beri nama Satay Ayam Tusukan Kasih hehehe memang terbaik nama wakakakaka.
Lepas habis semua 10 kumpulan memasak tiba masa untuk keputusan di umumkan. Tapi bukan rezeki Mahamahu dan akak Ayi untuk menang kerana kami hanya dapat hadiah saguhati berupa Philips Electric Pressure Cooker. Tahniah kepada pemenang yg telah masak memang sedap dan menarik tgk hiasannya. Mahamahu pun tumpang gembira kerana yg menang tu pun kawan2 Mahamahu juga hehehe. Apa pun yg penting Mahamahu enjoy kat event tu and rasa seronok dapat memasak menggunakan product Philips. Nantikan next review Mahamahu tentang product Philips yg telah Mahamahu menangi ok. Selamat mencuba..
0 Pandangan: