Makanan,
So Mahamahu harap ia sedikit sebanyak membantu anda dalam mengetahui bagaimana Yogurt di hasilkan dan prosesnya. Selamat mencuba dan menjamu selera di Moo Cow Frozen yogurt. Bye.....
Jgn lupa klik link ini..........
Laman web : http://moocow.my/#ville
Facebook : https://www.facebook.com/Moocowyogurt
Moo Cow Produk Minuman Yogurt Segar Dari Ladang
Moo Cow Produk Minuman Yogurt Segar Dari Ladang - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kita selalu nak jaga kesihatan dan kecantikan tubuh badan dengan menjaga pemakanan dan minuman. Ramai di kalangan kita mengamalkan minuman Yogurt untuk kesihatan tapi sejauh mana kita yakin produk itu 100% Yogurt semulajadi atau bahan kimia yg di campur.
Bertitik tolak daripada itu Moo Cow Frozen Yogurt tekat untuk mengeluarkan satu produk Yogurt yg 100% asli dari bahan semulajadi yg paling sihat. Bukan sahaja di jamin kualiti dan rasa malah penyediaan juga adalah daripada pengeluaran yg betul2 mengikut garis panduan yg di tetapkan. Mahamahu bekata begitu bukan untuk mengampu atau kerana sogokan tapi realiti yg telah Mahamahu lihat sendiri di kilang penghasilan produk Moo Cow Frozen Yogurt.
Jom Mahamahu bawa anda menyaksikan bagaimana produk Yogurt daripada Moo Cow Frozen Yogurt ini di hasilkan dengan penuh teliti dan menjaga kebersihan terbaik. Mahamahu dan beberapa org rakan blogger di bawah ke kilang penghasilan produk Moo Cow ini di Jalan Ipoh KL. Sampai di sana kami di beri taklimat bagaimana terhasilnya Yogurt dan bagaimana operasi mereka. Moo Cow Frozen Yogurt telah di tubuhkan sejak Disember 2010 lagi dan ia adalah 100% produk tempatan.
Mengamalkan cara kerja yg bersih dan selamat mengikut ISO, maka kami yg nak masuk ke kawasan kilang ini pun kena pakai kelengkapan yg sesuai seperti mana Mahamahu pakai ni. Bila masuk tgk kawasan kilang yg tak seberapa besar tapi cukup bersih dan cukup terjaga segalanya. Dengan mesin yg canggih dan susun atur yg kemas manjadikan kawasan kerja di sini cukup selesa dan meyakinkan. Jom Mahamahu tunjuk sedikit secara manual bagaimana minuman Yogurt di hasilkan dan bagaimana perisa Yogurt di campurkan.
Ini adalah cara bagaimana daripada bahan asli susu yg di dapati dari ladang yg segar di panaskan dengan suhu yg berpatutan untuk mengaktifkan bakteria sihat dan di campurkan dengan ibu Yogurt untuk memastikan bakteria sihat itu terus bekembang menjadi Yogurt. Setelah di sejukan pada suhu bilik ia di masukan kedalam bilik sejuk untuk di simpan beberapa hari bagi menambah kenakan rasanya.
Bagi penambah perisa pula mereka menggunakan perisa yg asli dan perisa yg di jamin sihat dan sesuai untuk rasa Yogurt yg enak. Antara perisa Yogurt yg ada di Moo Cow adalah seperti Blueberry, Strawberry dan rasa Original. Di bawah adalah cara manual mereka mengcampurkan perasa dalam Yogurt untuk menambah keenakan dan rasa yg pelbagai. Kalau dalam kuantiti yg banyak mereka akan menggunakan mesin khas untuk mencampurkan perisa dan menyebatikan perisa tersebut.
Selepas itu pula di bawah adalah cara bagaimana minuman Yogurt di hasilkan. Cukup mudah dengan mengambil hasil Yogurt yg telah siap di simpan di dalam peti. Ia di masukan dalam sukatan sebenar dan di campurkan dengan satu bahan rahsia untuk menambah rasa enak Yogurt dan tidak merosakan keasliannya. Kemudian di campurkan dengan sedikit air masak dan akhirnya akan di putar dengan pemutar khas untuk memastikan campuran air dan Yogurt sekata dan tidak bertekat. Maka akhirnya di masukan perisa dan terjadilah minuman Yogurt seperti mana kita nikmati sekarang.
Selepas bejalan hampir seharian di kilang Moo Cow Frozen Yogurt ini memang semua dapat pengetahuan dan serba banyak ilmu bagaimana sebenarnya Yogurt di hasilkan dan bagaimana proses menajaga kualiti agar ia sentiasa segar dan terbaik. Selain daripada Yogurt sebenarnya Moo Cow juga menjual beberapa produk lain yg mereka hasilkan iaitu Mmmoolicious Mooncakes yg mempunyai belbagai perisa. Memang cukup unik dan cantik lah MoonCakes kat sini special untuk anda nikmati dengan harga yg bepatutan.
Selain tu juga, terdapat Yogurt Cheese Cake yg di hasilkan daripada yogurt juga. Wow kek ini memang cukup lembut dan cukup enak untuk di nikmati. Kami di beri rasa untuk mencuba kek dengan pelbagai perisa ini seperti Oreo, Blueberry, Strawberry, Peach dan Original. Satu2 Yogurt Cheese Cake yg ada hanyalah di Moo Cow Frozen Yogurt. Memang Mahamahu galakan untuk anda cuba kek ini.
Bila dah habis kami di berikan ruang untuk pergi menikmati Yogurt segar di stall Moo Cow Frozen Yogurt yg terdapat di cawangan Publika. Sebenarnya banyak lokasi untuk anda nikmati Moo Cow Frozen Yogurt ini kalau nak tahu lokasi yg ada di seluruh Malaysia boleh layari laman web mereka seperti di bawah.
Anda juga boleh like Facebook mereka kerana di sana akan sentiasa ada ada promosi dan tawaran hebat untuk anda nikmati hanya di Moo Cow Frozen Yogurt.
Mereka juga ada menyediakan beberapa cenderahati untuk anda beli di
kedai Moo Cow mereka seperti t-shirt, selipar dan banyak lagi.
So Mahamahu harap ia sedikit sebanyak membantu anda dalam mengetahui bagaimana Yogurt di hasilkan dan prosesnya. Selamat mencuba dan menjamu selera di Moo Cow Frozen yogurt. Bye.....
Jgn lupa klik link ini..........
Laman web : http://moocow.my/#ville
Facebook : https://www.facebook.com/Moocowyogurt