AirAsia,
My AirAsia Free Seats!
My AirAsia Free Seats! - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Jika Mahamahu mempunyai 10 Tempat Duduk Percuma AirAsia, Mahamahu akan ker Krabi Thailand dan Mahamahu akan bawa bersama seluruh ahli keluarga Mahamahu yg terdiri daripada 9 orang semuanya. Knp Mahamahu pilih mereka? Nak tahu kena baca habis2 entry special ini sempena dengan promosi tempat duduk percuma daripada AirAsia.
Mahamahu adalah dari keluarga yg sederhana dan terdiri daripada 5 org adik beradik. Masih mempunyai ayah dan emak yg masih sihat dan kuat. Raya tahun ni kami cukup gembira kerana menyambut kehadiran keluarga baru iaitu anak sedara Mahamahu. Anak kepada abang sulung dan kakak ipar yg pertama menjadi penyeri pagi raya kami. Mahamahu rasa sgt seronok dan gembira bila tgk keluarga berkumpul dan menceritakan semua kisah2 menarik sambil layan Muhamad Aqeel Zikri iaitu anak sedara baru.
Kami sebenarnya tidak pernah bercuti bersama2 satu keluarga. Maklumlah semua duduk jauh yg mana Mahamahu duduk di KL bersama adik bongsu Wan. Abg sulung Mahamahu duduk di Terengganu dengan keluarganya dan manakala abg kedua duduk kat KL tapi area jauh. Tinggalah Ayah dan Emak serta adik perempuan di kampung. Jadi Mahamahu rasa ini adalah peluang paling bemakna untuk meraikan keluarga baru dan juga membawa semua ahli keluarga bercuti bersama.
Emak dan ayah Mahamahu tak pernah naik kapal terbang walaupun nak terbang ke dalam negara sekali pun. Jadi untuk capai impian mereka dan bersesuaian dengan moto AirAsia "Now Everyone Can Fly" Mahamahu harap sgt dapat bawa emak dan ayah ker Krabi Thailand menaiki AirAsia. Emak orang yg sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan di kampung maklumlah ketua block wanita kat sana. Ayah pula sibuk uruskan kerja2 di rumah setelah pencen Felda hehehehe. Ayah ada sakit Gout di kaki dan katanya kalau dapat rendam kaki dalam pasir laut pasti sakitnya akan kurang dan Mahamahu nak sgt sempurnakan impian ayah tu.
Abg sulung pula sibuk dengan kerja dan juga keluarga yg jauh di Terengganu. Kadang2 sahaja dpt balk kg tapi tahun ni Alhamdulillah dapat beraya bersama abg dan kakak ipar serta keluarga baru kami. Mahamahu nak sangat meraikan saat indah ini bersama keluarga termasuk keluarga abg sulung dan anak mereka. Rindulah pada Muhamad Aqeel Zikri, kalau paklang dapat tiket Tempat Duduk Percuma ini paklang akan bawa Aqeel sekali tau.
Adik perempuan pula seorang yg suka jalan tapi terhad, kerana dia jela yg ada di kampung untuk menjaga emak dan ayah. Mahamahu nak belanja dia bercuti ker Krabi dengan AirAsia untuk membalas jasanya menjaga emak dan ayah kat kg. Si abg kedua selalu sibuk dengan kerjanya dan jarang dapat habis masa bersama walaupun duduk kat KL tapi rasa mcm jauh jer. Adik paling bongsu tinggal ngan Mahamahu sekarang di KL, dengan dia Mahamahu nak plan percutian ini nanti hehehe.
Memang banyak sgt sebab kenapa Mahamahu nak bawa seluruh ahli keluarga bercuti ker Krabi Thailand. Kami semua tak pernah lagi jejak kaki ker Krabi Thailand. Knp Mahamahu pilih Krabi Thailand mesti keran pantainya yg indah dan terumbu karang yg masih terjaga. Mahamahu kalau search kat Google memang banyak tgk pemandangan Krabi yg org lain ambil. Mahamahu rasa nak sgt ambil gambar dan abadikan dalam blog ini untuk tatapan org lain dan jadi panduan.
Mahamahu dah banyak baca tentang Krabi Thailand satu lokasi percutian yg paling sesuan terutama untuk pasangan yg baru berumahtangga. Ye lah kerana kecantikan pantai dan keindahan pulau sertai karang yg ada di sana memukau mata memandang. Dari pantai Ao Nang, ke Pantai Noparathara, berjelajah ke Pulau Koh Phi Phi terus menerokai Pulau Bamboo dan terus berehat di May Bay sebuah pantai putih bersih dan unik.
Promosi Tempat Duduk Percuma daripada AirAsia adalah satu peluang yg terbaik untuk anda dan keluarga mendapatkan tempahan untuk merancang perjalanan anda dengan murah dan selamat. AirAisa terkenal sebagai penerbangan tambang murah paling popular di Malaysia adalah satu platform untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kalau anda nak buat tempahan untuk Tempat Duduk Percuma AirAsia boleh layari laman web mereka sekarang di www.airasia.com. Tawaran Tempat Duduk Percuma berakhir pada 31 Ogos 2014 ini jgn terlambat. Selamat bercuti....
0 Pandangan: