Absolute Thai,Authentic Thailand Yang Mutlak di Absolute Thai
Authentic Thailand Yang Mutlak di Absolute Thai - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dah lama tak update pasal makankan asyik pasal advetorial jer org pun dah bosan hehehehe. Kali ni Mahamahu nak cite satu lagi tempat makan yg juga popular dan dah lama berada di Malaysia ni.
Mesti ramai pernah dengar Absolute Thai yg membawa original masakan dari negara gajah putih itu. Mahamahu pertama kali menjejak kaki di Absolute Thai cawangan Bangsar Village memang tempat cukup menarik dan mengkagumkan. Dari segi dekorasi restoran memang best dan rasa luas. Walaupun kalau tgk tak ada seperti restoran Thai biasa kita tgk kat sini memang membangkit selera untuk makan.
|
Spicy Firepot Tom Yam Soup With River Prawns/Seafood |
Mahamahu tak tahu nak order apa jadi kawn2 lah yg orderkan makanan apa menarik kat sini. Pertama kali mesti ada order Tomyam tak sah kalau pergi restoran Thai tak try Toyamnya. Kat sini memang Toyam special iaitu Spicy Firepot Tom Yam Soup With River Prawns/Seafood. Mahamahu rasa bila hirup Tomyam ni memang rasa original Tomyam Thailand dengan rasa pedas dan pekat. Ada dua jenis Tomyam kat sini iaitu yg supnya jernih atau sup yg bewarna merah, beza dua ini adalah kepedasannya yg makin merah makin pedas. Itulah yg Mahamahu cuba pada hari tu memang sedap.
|
Green Curry Chicken |
|
Deep-Fried Garoupa Topped With Thai Chili Sauce |
Bila cuba makanan Thai mesti try juga Green Curry yg berbeza kari dengan Malaysia. Green Curry Chicken di sini lebih pedas kerana kari yg di campur dengan cili padi. Ia juga lebih pekat dan rasa lebih berlemak. Lepas tu kami order pula ikan yg special dan sedap kat sini iaitu Deep-Fried Garoupa Topped With Thai Chili Sauce. Mahamahu paling suka ikan ini bukan sahaja di goreng rangup malah sosnya juga sedap tidak pedas sgt manis2 dan masam2 sikit. Special kalau makan kat Absolute Thai ni jgn lupa order ikan ini ok.
|
Stir-Fried Tiger Prawn With Tamarind Sauce |
|
Stir-Fried Hong Kong Kailan With Salted Fish |
Lepas tu Mahamahu order pula Stir-Fried Tiger Prawn With Tamarind Sauce iaitu udang yg di goreng rangup dan di tuang bersama sos Asam Jawa. Jgn bimbang tak ada rasa masam pun tapi rasa manis dan sedap sgt sos tu memang sesuai dengan udang goreng tu. Mahamahu pilih juga menu ini memang mesti cuba kalau ker Absolute Thai ini. Manakal untuk sayur lak kami pilih Stir-Fried Hong Kong Kailan With Salted Fish. Ni memang antara yg mesti order juga lah kalau ker restoran Thai ni.
|
Pandan Leaves Chicken |
Kalau ayam pula kami telah order Pandan Leaves Chicken, alah kalau kita Melayu panggil Ayam Pandan. Memang sedap dan ayam lebut serta terasa pandannya. Lepas makan untuk semua menu utama mestilah nak ada pencuci mulutkan. Kat sini kami telah pilih dua jenis iaitu Mango With Sticky Rice and Vanila Ice-Cream dan juga Red Ruby Waterchesnuts In Coconut Milk.
|
Mango With Sticky Rice and Vanila Ice-Cream |
|
Red Ruby Waterchesnuts In Coconut Milk |
Kalau kawan nak cuba Absolute Thai ni memang ada banyak cawangan antaranya kat Gardens, IPC, One Utama, Berjaya Time Square, Sunway Giza, The Main Place dan banya lagi seluruh Malaysia. Nak tahu lokasi boleh ker laman web mereka kat situ pun ada juga tulis menu2 yg lain special hidangan negara Thailand. So apa lagi mai kita cuba ok. Selamat menjamu selera.....
0 Pandangan: