Mahamahu,

Makanan Barat Terbaik Dan Termurah Di Mr Steak House

Khamis, September 11, 2014 Mahamahu 0 Comments

Makanan Barat Terbaik Dan Termurah Di Mr Steak House - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni kita terbang jauh ke negara barat untuk nikmati makan malam alah Inggeris yg special. Hehehe tak adalah jauh mana pun sekarang kat Malaysia dah banyak hidangan barat boleh di nikmati. Salah satunya di sini Mr Steak House Sri Kembangan.



Menyediakan 100% hidangan barat untuk di nikmati Mr Steak House Sri Kembangan teletak di kawasan Pusat Bandar Putra Permai berhampiran dengan Gaint Sri Kembangan. Reka bentuk restoran ni memang unik kerna di penuhi dengan dinding papan dan juga bentuk seperti kedai ala koboi. Cuma pelayan kat sini tak berpakaian seperti koboi kalau tidak memang best lah dtg makan kat sini.

Salmon Fish

Lamb Stew

Mahamahu pun tahu tempat ni sebab kebetulan lalu kat sini dan ternampak restoran ni, kerana rasa ingin mencuba singgah makan malam kat Mr Steak House ni. Mereka start operasi dari pulu 12tghari sampai 12malam. Semua jenis makanan barat ada di sini cuma cara penyediaan tak samalah dengan tempat lain kan. So Mahamahu ada order beberapa hidangan yg rasa mcm best jer kat sini.

Chicken Combo

Rib Steak

Steak Combo

First yg Mahamahu order adalah Steak Combo. Ia gabungan 3 makanan utama iaitu daging lembu, daging kambing dan juga udang. Best juga dapat makan dengan kuah black paper yg sedap dan pekat. Kemudian order pula Chicken Combo. Ini pula gabungan 3 makanan juga iaitu daging ayam, lembu dan juga udang. Sedap juga ini kerana ia dtg dalam set lengkap mengandungi coslow, kacang merah, kentang dan roti. Satu lagi kami order Rib Steak

Grilled Tiger Prawn

Chicken Chop

Apple Asam boi, Ice Lemon Tea, Durian Belanda

Kat sini memang banyk makanan barat ada untuk di cuba kalau nak dtg dengan kawan2 atau keluarga memang sesuai. Mahamahu pun suka makan steak ni tapi kalau nak banding sini dengan Kg Baru punya steak kat Kg Baru lagi best lah dari segi rasa. Mungkin setiap org ada citarasa yg berbeza dan masing2 boleh cuba sendiri untuk tahu kesedapan. Banyak gambar kat sini Mahamahu colik dalam Facebook Mr Steak House. Kalau nak info lanjut boleh layari facebook mereka ok. Selamat menjamu selera..

Alamat : 
No. 23-1, Jalan BPP 5/8, 
Pusat Bandar Putra Permai, 
43300 Seri Kembangan, Selangor
Tel : 03 8959 5669 / +6011 1228 8774 / +6012 466 9410 / +6017 207 0799