Klang,

SteakHouse Menyediakan Islamic Westerns Di Klang

Rabu, September 17, 2014 Mahamahu 0 Comments

SteakHouse Menyediakan Islamic Westerns Di Klang - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ni Mahamahu ada post pasal tempat makan untuk sarapan pagi yg best area Klangkan. Kalau sapa tak baca lagi boleh [klik sini] untuk tgk restoran apa itu. Hari ni lak Mahamahu nak cite pasal satu tempat makan yg sesuai untuk makan tghari kat area Bukit Tinggi Klang



Amansara SteakHouse Islamic Westerns di Bandar Botanic Klang berhadapan dengan Aeon Bukit Tinggi Klang. Kalau nak cari bila dah nampak Aeon restoran ni kat seberang jalan jer dan boleh nampak signboard. Kat sini sediakan Pizza, Steak, Grills dan Pasta yg special ada menu barat yg sedap untuk makan tghari murah pula tu.



Mahamahu pilih Tagliatelle Meatball cukup sedap dengan kuah yg pekat dan juga meatball yg sedap walupun tak banyak. Selain tu juga ada yg lain special untuk makan tghari kat sini iaitu Grilled Cheesy Chicken Chop, BBQ Fried Chicken Wings dan Grilled Beef Pailard. Semua ni sedap2 dan memang rasa istimewa untuk makan tghari bersama dengan Ice Lemon Tea sejuk menambah kesedapan nya.

Grilled Beef Pailard
BBQ Fried Chicken Wings

Tagliatelle Meatball

Grilled Cheesy Chicken Chop

Kalau yg nak makanan ada nasi pun ada kat sini, tapi uniknya makanan ada nasi ni semua di sediakan dalam bekas kotak empat segi yg bertutup. Siap ada compartment yg mengasingkan antara lauk nasi dan kuah. Mahamahu rasa teruja lak tgk makan tghari dalam ni rasa nak cuba tapi dah kenyang makan tadi.

Grilled Salmon With Safron Sauce

Blackpepper Grilled Lamb Shoulder

Spicy Grilled Chicken Chop

Menu nasi ni pula ada berbagia pilihan lauk pauk dalamnya, antaranya adalah seperti Blackpepper Grilled Lamb Shoulder, Grilled Salmon With Safron Sauce dan Spicy Grilled Chicken Chop. Yg ni paling Mahamahu nak cuba nanti bila dtg lagi. Restoran ni pun ada sediakan Pizza untuk anda yg suka makan pizza. Mereka buat sendiri tu pizza kat sini special juga kan.

Bubur Jagung

Kerepek

Buah-Buahan

Amansara SteakHouse Islamic Westerns ini di buka setiap hari dari pagi sampai malam tapi untuk menu makan tghari ini hanya available pada hari Isnin hingga Khamis sahaja dan dari pukul 12 hingga 3 ptg. Kalau sapa2 dekat area Bukit Tinggi Klang boleh dtg sini untuk cuba makan tghari mereka. Kalau nak makan mlm pun mcm sedap jer nanti Mahamahu dtg malam pula sini ok. Selamat menjamu selera semua..