Bmon Cafe,

Bmon Cafe Suasana Komik Manga Dalam Nikmati Hidangan Enak

Rabu, November 12, 2014 Mahamahu 0 Comments

Bmon Cafe Suasana Komik Manga Dalam Nikmati Hidangan Enak - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni Mahamahu dapat makan di sebuah cafe yg unik kerana dihiasi dengan lakaran karikatur ilham daripada pemilik kafe tersebut. Bmon ini juga satu karikatur seorang budak laki yg menjadi trademark bagi kafe ini. Sebab tu nama kafe ini Bmon Cafe.
 


Kafe ni bukan calang2 kafe kerana kalau sebut kafe org mesti ingat ada makanan untuk minum petang sahaja. Tapi di Bmon Cafe ini hidangan dari sarapan pagi hingga ke minum petang. Sambil makan anda di temani oleh suasana relax dan juga comel dari setiap sudut dalam cafe ini. Tgk pada susun atur kafe ini memperlihatkan pemilik kafe ini seorang yg kreatif.
 



Kreatif bukan sahaja dari segi reka bentuk dalaman dan susunan tetapi juga kreativiti dalam penyediaan hidangan makanan. Mahamahu suka kerana makanan di sini ada pelbagai makanan sihat dan cukup mengenyangkan. Kalau nak jaga badan tapi nak makan kat sini ada hidangan yg sesuai untuk anda. 
 
All Day Breakfast

Dimula dengan hidangan sarapan pagi yg enak dan penuh dengan khasiat ada dalam hidangan ini. Di panggil All Day Breakfast kalau tgk semua bahan ada seperti Salad, Beef Bacon Toast Bread, Scramble Egg, Baked Beans, Mushrooms, Hash Brown dan Jumbo Sausage. Lengkap hidangan ini kalau makan sambil perkena kopi atau teh layan sgt.
 
Tuna Sandwich

Mushroom Sandwich

Kalau peminat sandwich kat sini ada pilihan bagi anda. Saiz dan kuantiti yg ada dalam hidangan ini sangat2 sesuai. Ada Tuna Sandwich dan juga Mushroom Sandwich yg besar bersama dengan salad dan juga french fries garing.
 
Tuna Wrap

Mushroom Wrap

Hidangan tadi juga boleh anda nikmati dalam bentuk Wrap yg di gulung dengan roti pita yg garing dan lembut. Hidangan Wrap ini juga ada Tuna Wrap dan Mushroom Wrap semua di gulung bersama dengan salad segar dan bersama french fries juga.
 
Chicken Carbonara

Chicken Bolognese

Beef Bolognese

Makan tengah hari pula anda boleh pilih hidangan yg berat sedikit iaitu seperti pasta. Di sini terdapat beberapa jenis pasta dengan sos yg enak2 seperti Chicken Carbonara, Chicken Bolognese dan Beef Bolognese. Makan pasta di sini sahaja sudah cukup kenyang untuk anda bersama dengan air tea special.
 
Mushroom Pizza

Hawaiian Pizza

Boleh juga cuba pizza special di sini yg di hasilkan sendiri oleh tukang masak yg menyediakan semua hidangan di sini. Kat sini ada 2 jenis pizza utama iaitu Mushroom Pizza dan Hawaiian Pizza. Boleh kenyang dengan isian topping yg banyak dan roti pizza yg rangup di bakar enak.
 
Hippo In The Pond

Kalau untuk minum petang juga di sini ada pilihan yg menarik dan unik. Nak cuba yg lain boleh piliha hidangan Hippo In The Pond iaitu hidangan sebiji kentang yg di goreng rengup bersama inti yg banyak iaitu seperti ada nenas, jagung manis,daging ayam, daun salad dan juga sosej ayam. Memang membuka selera bersama dengan sos ciptaan sendiri yg sedap.
 
Chocolate Mud with Ice-Cream

Waffle Chocolate with Ice-Cream

Selain itu juga boleh minum petang bersama dengan pencuci mulut yg sungguh enak dan special di sini. Anda dtg mesti cuba Chocolate Mud with Ice-Cream yg menjadi hot item pengunjung di sini dan juga Waffle Chocolate with Ice-Cream. Mahamahu suka kedua2 dessert ini sangat2 mengancam.
 


Minuman di sini juga pecial seperti mana yg Mahamahu sebutkan sebelum ini. Kalau peminat kopi and hot chocolate kat sini adalah tempatnya. Kalau nak minum Latte, Cappuccino, Black Coffee semua ada. Kalau Teh pula di sini ada Jasmine Blooming Tea dan juga  Lavender Tea kedua2 menarik dan unik mesti cuba. 
 
Jasmine Blooming Tea

Bmon Cafe ini baru sahaja beroperasi pada bulan ini dan kini di buka setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam. Anda boleh dtg carilah kawasan ini mudah sahaja berdekatan dengan The Strand Kota Damansara dan ia kafe tingkat atas tak jumpa kalau cari di bawah. Jom kita makan selamat menjamu selera ok.
 
BMON CAFE
Alamat : No 8-1, Jalan PJU 5/20B 
The Strand Kota Damansara 
47810 Petaling Jaya Malaysia