Apam Pelangi,

Dapur Mahamahu Menyedia Apam Pelangi Bersama Susu Pekat F&N Penuh Krim

Selasa, November 11, 2014 Mahamahu 0 Comments

Dapur Mahamahu Menyedia Apam Pelangi Bersama Susu Pekat F&N Penuh Krim - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dapur Mahamahu kali ini lebih krimer sikit dengan produk dari F&N. Satu lagi product susu keluaran F&N yg di hasilkan turun temurun boleh di gunakan untuk semua jenis hidangan. Dulu2 masa kecik kita selalu gunakan susu F&N untuk bancuh milo dan makan bersama dengan roti kosongkan.


Kini teknologi menghasilkan susu lebih penuh khasiat seperti Susu Pekat F&N Penuh Krim ini mengandungi kalsium, sumber protein dan mengandungi manfaat tambahan seperti vitamin A, B1 dan D3. Jadi kalau kita hasilkan hidangan mengandungi susu ini pasti kita akan menambah khasiat dalam hidangan tersebut. Itu sebab kali ini Mahamahu menggunakan susu ini untuk menghasilkan menu minum petant yg di panggil Apam Pelangi.


Bahan2 yg Mahamahu gunakan untuk memasak Apam Pelangi adalah seperti berikut:
150 ml Susu Pekat F&N Penuh Krim 
100 ml Air Kosong
4 biji Telur
2 tsp Ovalatte
1 tsp Esen Vanilla
250 g Tepung Gandum
150 g Gula Halus (Kurangkan gula)
1 tsp Baking Powder
4 Pewarna berbeza (Hijau, Biru, Merah, Kuning)


Bahan paling utama dalam ini adalah mestilah susu daripada F&N untuk menambah krimer dan kelembutan pada masakan ini. Mahamahu menggunakan susu ini menggantikan santan kerena sebelum ini Mahamahu belajar memasak memang menggunakan santan. Tapi untuk kelainan kali ini Mahamahu gantikan dengan susu dari F&N untuk buat sedikit ujikaji hehehe. 


Cara  untuk menyediakan Apam Pelangi ini telah Mahamahu sediakan dalam video di bawah korang follow step by step Insha Allah mesti jadinya.



Mudah jerkan cara nak menyediakan menu kali ini lebih cepat dan menyelerakan. Kalau anda nak masak menggunakan pembakar apam tu boleh dapat kan di Lazada murah dan cepat. Bila dah siap masak Mahamahu try makan memang cukup lembut dan enak apam ini di bandingkan dengan sebelum ini. Maksudnya memang menjadilah menu Mahamahu ini menggantikan santan dengan susu dari F&N. Kalau korang tak percaya boleh cuba sendiri.


Susu Pekat F&N Penuh Krim ini sekarang dah boleh di dapati di seluruh negeri dan telah meluas di pasaran. Kalau di kota boleh beli di pasaraya besar seperti Ben Bebas Grocer, Jaya Grocer, Pasar Hero, AEON, Jason Foodhall, Mercato, Kampung Grocer, Isetan, Cold Storage dan Presto Grocer di seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur untuk harga RM5.00 per 392g. 


Nak cuba menu2 lain yg special menggunakan susu F&N anda boleh layari laman sesawang mereka www.fndairies.com. Dalam tu bukan sahaja menu malah infomasi, peraduan, promosi dan mcm2 lagi boleh anda dapati. Mahamahu dan cuba menggunakan susu dari F&N anda bila lagi. Mai kita memasak jom. Selamat mencuba.

 
Dapatkan resepi ini juga di sini LetsMasak.com







0 Pandangan: