Buffet,

Lunch Buffet Dengan Diskaun 15% Istimewa Di Swez Brasserie @ Eastin Hotel PJ

Rabu, November 19, 2014 Mahamahu 0 Comments

Lunch Buffet Dengan Diskaun 15% Istimewa Di Swez Brasserie @ Eastin Hotel PJ - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Makan tghari adalah satu daripada kesukaran untuk kita cari lokasi yg murah dan menarik. Tapi kini tak susah dah dengan adanya promosi 15% untuk lunch buffet daripada Swez Brasserie @ Eastin Hotel PJ. Mahamahu dah booking dan nikmati sendiri buffet makan tghari di sini banyak sgt pilihan.


Paling best and menarik kat sini adalah Nasi Lemak Pandan itu kalau kita selalu breakfastkan tapi kat sini makan tghari sediakan nasi lemak yg di bungkus dengan kertas dan daun pisang. Bila makan boleh rasa nasi lemak dan bau pandan memang best.







 
Cafe yg diundi "Top 10 Best All Day Dining Restaurant" oleh Hospitality Asia, ia adalah restoran bufet antarabangsa yang mesra dengan suasana selesa. Bila masuk sini memang mengalukan selera anda untuk nikmati buffet makan tghari yg banyak.

 



Buffet kat sini gabungan antara masakan tempatan dan juga masakan antarabangsa. Kalau makanan tempatan istimewa yg ada di sini seperti Kari Kepala Ikan yg di masak sendiri. Kalau dpat makan kari kepada ikan memang terbaik kat sini sambil makan dengan nasi atau roti. Selain tu juga ada Laksa Johor dan juga ABC.




Bagi yg suka makanan barat pula di sini memang mcm2 ada korang boleh cuba Kambing dengan Jus Asam Jawa, Daging Parmigiana, Wok Fried Butter Crab With Curry Leaves, Chesapeake-Style Seafood Cake Sweetcorn Salsa and Tomato Dip dan Peri-peri Chicken.






Makanan pencuci mulut juga tidak kurang hebat dan banyak pilihannya. Kalau nak dessert yg manis2 dan kurang manis juga ada. Dessert tempatan seperti kuih muih tempatan atau dessert international seperti cheese kek ada juga. Mahamahu suka makan kuih2 tempatan kalau pergi mana2 buffet itu lah pilihan maklumlah lidah Melayu. 




Apa pun untuk anda yg nak makan buffet lunch di Swez Brasserie @ Eastin Hotel PJ dengan diskaun 15% boleh dpat di sini. Layari www.OffPeak.my dan kalau anda yg dah daftar anda boleh trus cari nama Swiz Brasserie di situ ada diskaun 15%


Lepas buat pilihan tersebut anda kena pilih beberapa maklumat penting iaitu berapa org untuk diskaun ini, masa dan juga tarikh. Peringatan pilihan masa dan tarikh adalah tertakluk kepada promosi yg ada sahaja. Jadi kena tgk dan pilih hati2 ok. Lepas tu baru boleh proceed untuk membooking dengan pengesahan email yg akan di hantar kepada anda.


Email pengesahan ini akan ada segala maklumat diri anda dan juga booking yg anda buat. Selapas tu, anda kena print out email tersebut dan bawa semasa takrih dan waktu yg anda telah booking. Masa tu baru dapat nikmati diskaun 15% yg anda nak. Tak ada apa2 pembayaran semasa membuat booking segala free. 


Bestkan kalau semua tempat ada promosi diskaun sebanyak ini pasti akan membantu anda untuk berjimat cermat tapi boleh nikmati makanan yg sedap2 yg lokasi yg menarik. Lepas ni ada banyak lagi tempat makan yg Mahamahu akan bawa anda untuk dapat promosi seperti ini. So tunggu and sentiasa bersama Mahamahu ok. Selamat menjamu selera.

Anda boleh follow mereka di laman seperti di bawah,





0 Pandangan: