Caprocciosa,

Capricciosa Lokasi Pasta Dan Pizza Terbaik Dengan Diskaun 20%

Khamis, Disember 04, 2014 Mahamahu 0 Comments

Capricciosa Lokasi Pasta Dan Pizza Terbaik Dengan Diskaun 20% - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mana lokasi korang nak cari makanan Pasta dan Pizza terbaik dan original daripada Negara Itali. Menurut kata ramai org Itali ada penghasil Pasta dan Pizza original dengan cheese terbaik dunia.


Wow itu adalah fakta sebenar yg membuatkan ramai org pergi ke negara tersebut untuk mencari makanan yg terbaik ini. Tapi kini tidak lagi kerana Capricciosa telah membawa makanan terbaik ini kepada kita rakyat Malaysia. Sedikit sejarah tentang restoran Capricciosa ia adalah satu jenama restoran yg berasal dari negara Jepun. Pelik bukan tapi ia adalah realiti pengasas kepada Capricciosa adalah Mr Masaki Honda yg telah menuntut ilmu kulinari di negara Itali. 


Telah membawa masakan tersebut ke negara Jepun dan telah membuka restoran pertamanya di Tokyo. Jadi kini telah berada lebih dari 100 cawangan di sekita negar Jepun kini telah berada serata dunia termasuk Malaysia. Mempunyai dua cawangan di Kuala Lumpur iaitu Pavillion dan juga Sunway Piramid. Anda boleh nikmati hidangan Itali ini dengan diskaun 20% melalui Offpeak, bagaimana nanti Mahamahu ceritakan.


Kita lihat menu2 yg di tawarkan kepada anda yg mahu menikmati makanan Itali ini di sini. Terdapat pelbagai hidangan di sediakan dengan rempah ratus dan bahan2 tempatan tapi pada catarasa Itali. Sebab itu restoran ini mendapat status Halal dari Jakim sepenuhnya. Menu utama pilihan Mahamahu adalah Rice Croquette Sicilian Style dan Savory Meat Soup. Ini adalah hidangan pembuka selera special dpat rasa sos tomato yg menarik manakala sup sayuran ini juga membuka nafsu untuk makan.

Rice Croquette Sicilian Style

Savory Meat Soup

Menu utama pula Mahamahu pilih Capri Superstar iaitu menu pasta dengan tumis bawang putih bersama dengan homemade tomato sos yg enak. Jika nak lebih pedas boleh tambahkan extra pepper di dalamnya. Kemudian pilihan menarik juga di sini iaitu Seafood Aglio Olio dimana spaghetti dng makanan laut, minyak zaitunm, bawang putih dan chili. Ia adalah menu pilihan ramai kerana menggabungkan banyak makanan laut yg segar2.

Capri Superstar

Seafood Aglio Olio

Bagi peminat piza pula di sini ada menyediakan pilihan pelbagai rasa piza istimewa dan pilihan utama Mahamahu adalah Pizza Capricciosa. Pizza yg mengandungi Steaky beef, beef pepperoni, mozzarella cheese, cendawan dan bell peppers di atasnya. Anda juga boleh pilih piza lain yg ada di sini juga semua di buat setelah tempahan di terima baru piza di masak.

Pizza Capricciosa


Selain tu juga makanan kalau barat mesti popular dengan Lasagna dan Salad. Kat sini Mahamahu cuba hidangan Ceaser Salad  iaitu salad klasik yg anda boleh pilih nak toppingnya ayam atau salmon. Mahamahu telah pilih salad dengan topping salmon. Lasagna pula adalah rasa daging yg sedap dan di masak berasama sos dan topping cheese yg panas dan lazat.

Ceaser Salad

Lasagna

Untuk makanan snack di sini anda boleh pilih Trio Platter yg mengandungi 3 jenis eliment yg di goreng rangup dan sedap. Eliment pertama adalah Chicken Wing kemudian Sotong Goreng tepung dan cendawan celup tepung. Semua ini memberi rasa rangup dengan sos dan mayonis menjadi ia snack ringan untuk di kunyah.

Trio Platter

Dessert atau pencuci mulut pula anda boleh pilih Mascarpone Tiramisu dan Panna Cotta. Kedua2 pencuci mulut manis ini menyegarkan dan memberi rasa kesedapan setelah menikmati semua hidangan tadi. Untuk minuman kat sini memang banyak pilihan dan yg special ada beberapa seperti Tea Lychee, Manggo Lychee, Citrus Mint, Fruit Punch dan Lychee Pop.

Mascarpone Tiramisu

Panna Cotta

Fruit Punch, Citrus Mint, Lychee Pop, Manggo Lychee dan Tea Lychee

Ini semua menyegarkan dan memberi kepuasan dalam menikmati makanan Itali di Capricciosa ini. Tetapi lebih seronok lagi kalau makan sambil dpat potongan sehingga 20%. Mcm mana nak dptkanya secara percuma anda hanya perlu daftar melalui laman www.Offpeak.my. Setelah itu anda hanya perlu pilih nama restoran Capricciosa cawangan Pavillion atau Sunway Pyramid


Lepas tu anda akan berada di kawan penting iaitu memilih berapa org untuk satu hidangan ini, tarikh dan masa. Hanya tarikh dan masa yg tersedia sahaja ada promosi dan tawaran 20% ini. Jadi pilih dengan teliti dan betul ok. Lepas tu anda akan proceed untuk pengesahan.


Anda akan dapat email pengesahan untuk memastikan bahawa maklumat anda adalah betul dan tiada silap dalam tempahan anda. Nanti anda akan dapat email pengesahan dan email itu anda perlu bawa  semasa anda mahu menikmati tempahan anda tadi. Jadi anda tidak perlu membayar apa2 pun untuk tempahan ini mudah bukan.


Mahamahu dah nikmati makanan enak2 di Capricciosa ini dan anda bila lagi..Ini masa untuk makan makanan Itali yg jauh di sana kini hanya di negara kita. Maklumat lanjut tentang promosi dan tawaran hebat oleh Offpeak anda boleh layari laman seperti di bawah ini.

Anda boleh follow mereka di laman seperti di bawah,







0 Pandangan: