Big Spoon,Big Spoon America Chinese Cuisine Kini Di Setia Walk Puchong
Big Spoon America Chinese Cuisine Kini Di Setia Walk Puchong - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Seberapa besar sudu yg korang pernah guna untuk makan?. Kalau korang dtg ker Big Spoon Setia Walk Puchong ini korang akan dapat tgk sudu yg besar. Walaupun sudunya besar tapi makan yg ada kat salam tu alah ciput jer hehehehe..
Jgn risau kerana walaupun sikit tapi anda boleh makan sebanyak mungkin kerana harga yg berpatutan. Ok lah Mahamahu cite sikit tentang restoran Big Spoon ini, ia adalah berkonsepkan Amerika Chinese Cuisine. Ini kerana konsep Big Spoon di bawa oleh owner ini dari Amerika dengan menyediakan hidangan berasaskan masakan China tapi menepati selera tempatan.
Sebab tu anda makan pun dapat rasa keaslian masakan Chinese kerana semua bahan2 utama di bawa daripada sana seperti sos utamanya. Mahamahu mula2 tgk kalau dah kata Big Spoon mestilah hidangannya banyak tapi rupanya tidak. Korang yg berdiet atau menjaga pemakanan di sini adalah tempat di rekmenkan untuk cuba. Mai kita tgk pula antara menu2 yg ada di restoran Big Spoon ini.
|
Minyak cili, Kicap, Pepper Corn dan Minyak Bijan |
Paling popular kat sini adalah hidangan
Chicken Cold Noodle, iaitu makanan mee sejuk bersama dengan carikan daging ayam. Dalam hidangan ini ada bersama sayuran dan juga sedap di makan denga sos utama yg agak2 pedas sikit lah. Yang ni kalau korang tambah banyak pun tak apa memang tak rasa kenyang hehehe.
|
Chicken Cold Noodle |
Kemudian yg special ada juga hidangan nasi iaitu
Mapo Tofu Rice. Hidangan nasi bersama dengan kuah Tofu ini rasa yg ringan dan tak pedas dan dpt rasa Tofu yg dimasak. Perlu gaulkan semua nasi dan kuah Tofunya untuk dapat kecekapan rasa yg Uhmppp. Kemudian kena cuba pula
Dumplings In House Special Sauce, ia adalah hidangan dumpling dengan rasa daging dalamnya yg di bungkus kecil dengan terdapat 3 biji di dalam satu hidangan.
|
Mapo Tofu Rice |
|
Dumplings In House Special Sauce |
Bagi dessert pula korang kena cuba makanan
Spring Onion Pancake dan juga
Strawberry Buttercream Prawns. Dua hidangan ini memang cukup rasa rangup dan manisnya. Paling
Mahamahu suka adalah
Strawberry Buttercream Prawns. Rasa manis dan juga masam dari strawberry memang gabungan yg serasi. Pancake ini pula rangup dan sesuai untuk di makan bersama dengan sos special yg di sediakan. Kalau nak cuba sup pun ada iaitu
Rice Wine Sweet Soup, ia adalah rasa seperti tapai tapi tak berat dan manis2 sahaja.
|
Spring Onion Pancake |
|
Strawberry Buttercream Prawns |
|
Rice Wine Sweet Soup |
Bila dah makan mesti nak minumkan, kat sini ada beberapa minuman yg di cadangkan untuk anda cuba kerana tak ada kat tempat lain. Kalau sapa yg nak minum softdrink boleh cuba air tin yg di bawa khas dari Beijing. Air minuman ini ada perisaa
Limau Mandarin dan
Oren tapi tak ada pewarna dan ia ada rasa gas yang agak tinggi. Kalau sapa nak minuman sihat boleh cuba Nutri Express iaitu minuman yogurt yg ada perisa
Air Kelapa, Vanilla, Original dan
Pineapple. Semua minuman sedap dan menyegarkan.
|
Oren, Pear With Rock Sugar, Nutri Express Vanilla, Nutri Express Coconut dan Limau Mandarin |
Jadi kalau anda nak dtg
Mahamahu rekmen restoran
Big Spoon ini kerana makanan yg sedap. Ada dua cawangan di
Setia Walk Puchong dan juga di dalam
Aeon Big Subang Jaya. Cawangan baru akan di buka di
Berjaya Time Square tak lama lagi. Harga makanan kat sini pun berpatutan dan tidak membazir. Tgk lah berapa sudu
Mahamahu dah makan,
Mahamahu cabar korang sapa dpt makan paling banyak nanti post kat
Mahamahu ok. Semoga anda dapat mencuba... Selamat menjamu selera.
RESTAURANT BIG SPOON
D-7-G, Block D, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Puchong
0 Pandangan: