Philips,

Gayakan Seni Janggut Anda Dengan Philips Electric Shaver 9000 Baru

Selasa, Januari 27, 2015 Mahamahu 0 Comments

Gayakan Seni Janggut Anda Dengan Philips Electric Shaver 9000 Baru - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maklumlah Mahamahu ni orgnya berjanggut dan juga berjambang. Kalau tak jaga hari2 tak di trim dengan baik akan nampak mcm org Bangladesh pula. Tapi Mahamahu tak tahu mana nak pilih shaver yg paling flexible dan selamat untuk di gunakan.


Sehinggalah Mahamahu di jemput dalam satu majlis pengenalan untuk produk baru dari Philips. Ingat Philips ini hanya keluarkan barang elektrik untuk kegunaan dapur sahaja tapi ada juga Shaver untuk muka. Dalam koleksi shaver elektrik dari Philips ini sebenarnya ada bukan sahaja shaver tapi ada juga koleksi untuk gunting rambut dan bulu seluruh badan. 




Pada 21 Jan 2015 bertempat di Hilton PJ telah berlangsung majlis memperkenalkan produk baru shaver daripada Philips. Majlis dimulakan dengan perkenalan dan penerangan daripada En Muhammad Ali Jaleel, Country Manager for Philips Group of Companies in Malaysia and General Manager. Majlis ini juga turut di hardiri oleh barisan pelakon dan artis popular di Malaysia yg juga menggunakan produk shaver ini. Majlis memperkenalkan produk shaver ini turut di meriahkan oleh angkasawan negara Datuk Sheikh Muszaphar Shukor



Pada hari tu juga Mahamahu tertarik dengan produk baru mereka iaitu Philips Shaver Series 9000. Bersepadan dengan moto mereka "Innovation you" produk baru ini betepatan dengan kehendak dan keselesaan untuk mencukur di wajah anda. Mahamahu tgk demonstrasi yg di lakukan oleh model2 sgt mudah dan sangat selamat kerana pisau cukur ada di dalam dan tidak terus kepada kulit anda. 


Kalau korang dpt tgk shaver ini ada 3 bulatan yg lembut dan mudah di lentur ia adalah pisau pencukur yg ada di dalamnya. Pisau tu anda tak akan nampak kerana semua bulu di muka akan di potong didalam. Jadi ia lebih selamat dan ia lebih mudah untuk di gunakan, hanay perlu cas penuh dan boleh di bawa dan di gunakan di mana2 sahaja. Ia tidak akan menyepahkan bulu2 yg anda cukur dan juga lebih selamat. 



Yg best Mahamahu tgk adalah batang yg flexible boleh melentuk liuk mengikut rupa wajah anda jadi hanya gosok dengan putaran bulat di muka anda bulu akan di potong rata. Kelebihan shaver ini juga adalah kerjasama antara Philips dengan XCOR Space Expeditions untuk membawa teknologi shaver ini ker persekitaran Zero-G. Ia akan di guna pakai oleh angkasawan apabila mereka mengembar di sana nanti.


Mahamahu sendiri dah cuba produk Philips Shaver Series 9000 ini. Memang rasa ringan dan selamat untuk guna tak perlu risau akan cedera atau kesan pada kulit. Potongan juga rata dan boleh di gunakan walaupun muka dalam situasi muka basah. Paling penting keselamatan ia tidak boleh di gunakan semasa di cas dan boleh di basuh kerena kalis air. Apa pun Mahamahu puas hati juga dengan produk ini dan ia telah berada di pasaran. Anda nak dptkan boleh beli di mana2 pasaraya atau kedai2 jualan Philips di seluruh Malaysia.

Maklumat lanjut layari laman web : http://www.philips.com.my/c-m-pe/face-shavers