Kuching,

Tempat Makan Murah Dan Sedap Di Sekitar Kuching Sarawak

Ahad, Januari 04, 2015 Mahamahu 0 Comments

Tempat Makan Murah Dan Sedap Di Sekitar Kuching Sarawak - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu pernah pergi bercuti ke Kuching Sarawak pada tahun 2014 lepas. Banyak juga tempat melancong yang menarik tapi lagi banyak tempat makan yang sedap2 dan murah di sekitar Bandar Kuching. Kalau korang nak tahu jom kita tengok antara tempat makan best di sekitar Kuching.

Mee Kolok

1) RJ Ayam Penyet Kopitiam


Di sini menyediakan menu utama ayam penyek dan juga hidangan lain yang special seperti Daging Penyet, Udang Penyet, Sotong Penyet, Ikan Bakar dan mcm2 lagi. Ia menjadi tempat makan pilihan utama kalau pelancong datang ke Bandar Kuching. RJ Ayam Penyet Kopitiam hanya di buka pada waktu malam sahaja.

2) Damai Central 


Ia adalah lokasi makanan berhampiran dengan pusat pelancongan yang cukup popular di Kuching iaitu Kampung Budaya Sarawak. Damai Central adalah betul2 mengadap Laut China Selatan jadi anda boleh makan sambil menikmati udara laut yang segar. Di sini ada pelbagai hidangan tradisional Sarawak seperti Mee Kolok dan juga Laksa Sarawak yang boleh anda nikmati.

3) RNR Food Center


Ini adalah restoran menjadi tumpuan orang kampung untuk menikmati sarapan pagi kerana kat sini ada banyak sangat makanan. Kalau sarapan pagi ada Nasi Lemak, Roti Canai, Mee Goreng dan juga macam2 lagi special. Jangan risau sebut jer Restoran RNR Food Center akan di bawa oleh pemandu anda untuk makan kat sana.

4) Kopi O Coner 


Kopi O Coner menyediakan makanan nasi campur untuk makan tengahari kat sini. Makanan popular kat sini adalah Ayam Penyek juga. Tapi banyak org cuba nasi campur kat sini kerana ia banyak pilihan. Dalam restoran in ada konsep stall kecil2 untuk bahagian lain2 seperti bahagian roti, mee dan macam2 lagi. Memang banyak pilihan.

5) Ikan Terubuk Masin Sarawak 


Kalau datang Sarawak tak bawa balik buah tangan mesti tidak sah, terutama Terubuk Masin Sarawak. Memang cukup popular dan ramai orang sebut2 di luar sana. Kat sini memang banyak pilihan Terubuk Masin Sarawak cuma kena pandai cari yang terbaik dan local bukan importnya. Mana nak dapat terubuk masin kena baca detail kat post Mahamahu di sini ok.