Banjir 2014,
4) Menaiki transport yg sesuai
Tip2 Persediaan Sebelum Membantu Mangsa Pasca Banjir
Tip2 Persediaan Sebelum Membantu Mangsa Pasca Banjir - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Alhamdulillah baru2 ni Mahamahu berkesempatan untuk pergi bersama2 membantu mangsa banjir di Kelantan. Syukur kerana niat dalam hati termakbur untuk bersama membantu mereka yg memerlukan nanti Mahamahu cite dalam entry seterusnya ok. Tapi hari ni Mahamahu nak bagi beberapa tip penting kepada anda yg ada niat untuk pergi membantu mangsa pasca banjir di pantai timur atau di mana2 sahaja. Beberapa tips yg boleh anda guna pakai untuk keselamatan dan kemudahan anda di tempat bencana nanti ok.
Tips2 persediaan sebelum anda membantu mangsa pasca banjir.
Tips2 persediaan sebelum anda membantu mangsa pasca banjir.
1) Dapatkan suntikan Vaksin
Suntikan vaksin ini anda boleh dapat di mana2 hospital atau klinik sawasta yg berhampiran dengan anda. Vaksini ini penting kerena ia dapat melindungi dalaman anda dari sebarang penyakit bawaan banjir. Vaksini ini sebaiknya hendaklah di suntik 1 atau 2 minggu sebelum anda begerak ke kawasan banjir. Harga Vaksin ini kalau di klinik swasta dalam RM50 - RM70 sahaja. Jadi kalau anda nak selamat Mahamahu galakan untuk ambil vaksin ini.
2) Bawa keperluan untuk kelengkapan peribadi anda
Maksud Mahamahu kat sini barang2 seperti ubat gigi, berus gigi, syampu, sabun mandi, losyen badan dan juga tisu basah. Ini semua penting untuk keperluan kebersihan anda di sana. Jags tunggu untuk beli di kawasan banjir kerana mungkin tiada stock atau mungkin lebih mahal kerana keadaan banjir.
3) Cari tempat penginapan yg sesuai untuk anda
Penginapan ini agak susah sebab kawasan banjir mesti banyak yg tidak buka lagi tapi sebaiknya cari tempat yg sesuan untuk anda bermalam. Tak perlulah hotel mahal2 atau mewah kerana anda dtg untuk membantu mangsa banjir bukan nak bercuti. Tapi selok biar jauh sikit dari kawasan banjir kerana bimbang akan belaku bencana atau elek dari sebarang yg perkara tidak diingini.
4) Menaiki transport yg sesuai
Perkara paling penting adalah transpostation anda untuk ke lokasi banjir. Masa sekarang pasca banjir ini paling sesuai adalah 4X4 atau Pajero atau FWD. Ini kerana dalam kawasan banjir masih byk lagi tidak di perbaiki jalan mahupun suasana di sana. Ini akan memudahkan anda untuk sampai dengan tepat dan mudah ke kawasan banjir. Kalau anda dtg naik lori pun ok juga dapat bawah byk barang untuk bantuan mangsa banjir.
5) Beli barangan untuk bantuan pasca banjir
Harus di ingat bahawa anda hendaklah membeli barang untuk tugasan semasa pasca banjir dari tempat anda begerak. Barang2 seperti skop, penyapu plastik, berus plastik, floor wipper, cangkul, beg sampah, kasut getah, sabun pencuci lantai dan juga water jack perlu anda beli dari kawasan anda dan jgn beli di kawasan banjir kerana bimbang stock tiada atau harga yg mahal. Mahamahu dah kena kerana beli bukan kawasan banjir tapi melalui bandar yg nak ke kawasan banjir mereka kenakan harga yg mahal2 punya memang teruk.
6) Makanan dan minuman semasa berada di kawasan banjir
Paling penting ada menjaga makan dan minum semua sukarela semasa di kawasan banjir. Makan minum sagt penting paling bagus bawa stock air bersih dan air minum untuk semua suka rela kerana di sana mungkin masih tiada smbungan air bersih. Makan juga kena bawa makanan dalam tin atau makanan yg tidak perlu di masak lama kerana di kawasan banjir mungkin tiada kemudahan untuk memasak. Paling penting jgn makan kalau tak basuh tangan dengan bersih selepas membuat kerja ia sangat2 bahaya dan penting.
Jadi kat sini ada beberapa tips yg Mahamahu sempat kongsikan pada anda semua yg mana Mahamahu sempat rasai sendiri. Tapi jgn risau kalau anda pandai jaga diri dan tak buat perkara yg niat salah Insha Allah anda selamat. Apa pun kena jaga kesihatan dan keselamatan anda semasa membantu mangsa banjir. Paling penting kekuatan emosi anda adalah utama kerana keadaan mangsa banjir sngt2 memilukan. Moga niat murni kita di terima oleh Allah S.W.T. Amin.