Chines New Year,
Cair Tengok Marsha Milan Londoh Seperti Cairnya Cheese Pastry Crown Pizza Dari Pizza Hut
Cair Tengok Marsha Milan Londoh Seperti Cairnya Cheese Pastry Crown Pizza Dari Pizza Hut - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tahun Baru Cina tak lama lagi semua pihak pasti menonjolkan kelainan untuk pengguna nikmati kehebat dan keseronokan tahun baru. Begitu juga tidak ketinggalan Pizza Hut Malaysia yg telah melancarkan produk baru Pastry Crown Pizza untuk semua peminat2 piza di Malaysia.
Mahamahu dan juga beberapa org blogger telah di jemput untuk majlis memperkenalkan produk baru ini khas daripada Pizza Hut. Bukan sahaja kami ada pada majlis yg berlangsung di Pizza Hut Quill Mall City Mall KL malah turut bersama pelakon dan penyanyi cantik manis dari Sabah sapa lagi kalau byukan Marsha Milan Londoh. Cair kejap tgk Marsha yg memang cantik dan manis orgnya mcm cairnya cheese atas kerak piza.
Ok back to piza hehehe memang piza ini lain daripada lain kerana ia menggabungkan antara piza dan juga pastry di dalam satu hidangan. Keunikan piza ini terletak pada kombinasi lapisan inti manis dan lazat beserta kerak keju tiga rasa yg di lapisi mentega garing keemasan. Atas piza ini pula di limpahkan dengan topping ketulan meatloaf ayam, bawang, nanas, kapsikum merah, keju mozzarella dan sos istimewa BBQ Tennesse.
Tgk sendiri lah bahan2 yg di letakkan di atas piza ini memang korang akan terliur dan rasa nak cuba. Mahamahu yg makan piza ini panas2 memang menarik kerana korang akan rasa mentega kat tepinya yg manis dan gabungan topping yg penuh akan buat korang kenayang. Pastu makan pula dengan sup cendawan, dan juga appertizer yg ada cukup menarik.
Pada hari tu juga kami bukan sahaja makan piza tapi juga turut melakukan acara menggaul Yee Sang semepena dengan Tahun Baru Cina yg bakal tiba tak lama lagi ni. Marsha pun turut sama dengan blogger dan juga Pengurus Besar Kanan Pizza Hut Malaysia menggaul Yee Sang. Mahamahu suka sebenarnya makan Yee Sang ini kerana ia mengandungi segala dalam satu hidangan.
Buat anda yg nak cuba Pastry Crown Pizza boleh dapatkan sekarang di semua cawangan Pizza Hut di Malaysia sehingga 31 Mac 2015 ini. Kalau korang tambah RM6.00 lagi korang berpeluang menikmati hidangan Pastry Crown Pizza melalui kombo Huts Delight Meal dan Big Double Box. Ada juga set Big New Year Box sempena tahun baru pada harga isitmewa RM47.90 di mana dalam kombo ini mengandungi Pastry Crown Pizza, 6 ketul drummet New Orleans, roti bawang putih, 6 ketul spicy chicken fingers dan 2 sup cendawan. Selamat menjamu selera dari Mahamahu.