East,

Dinner Bersama Blogger Popular Di Melur & Thyme Gabungan Nostalgia Timur Dan Barat

Isnin, Februari 23, 2015 Mahamahu 0 Comments

Dinner Bersama Blogger Popular Di Melur & Thyme Gabungan Nostalgia Timur Dan Barat - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan sekalian. Nak cari tempat makan yg relax dan santai bersama kawan2 kat KL ni banyak. Ada yg memang terasa seperti berada di luar negara dan juga ada terasa seperti restoran dalam taman. Satu restoran ni Mahamahu tgk menu gabungan local dan international menjadikan ia hidangan fusion yg menarik untuk anda cuba. Kalau siapa biasa pergi Melur & Thyme mesti dan tahu menu2 menarik di sini. 



Nama pun dah ada timur dan barat kalau dgr nama Melur tu nama bunga popular di Malaysia dan juga Thyme nama herba yg popular di peringkat antarabangsa. Bila di gabungkan dua2 ini maka jadi satau hidangan fusion yg menarik dan juga sedap untuk di cuba. Mahamahu sempat mencuba menu y ada di cawangan KLCC. Melur & Thyme ada 3 cawangan kat KLCC, KLIA2 dan NU Sentral.


Mahamahu makan kat restoran tu kerana di belanja oleh kawn blogger famous sapa lagi kalau bukan sedara Hazman Fadzil bersama Cik Lily, terima kasih kerana sudi membelanja Mahamahu. First sekali kami makan Wild Mushroom Soup yg aromatik dan creamy bersama dengan garlic toast. Memang menarik rasa dan juga gabunga ini. 

Wild Mushroom Soup

Set Tapas Melur pula kami makan adalah satay yg baru first time Mahamahu dgr iaitu Duck Satay. Satay itik inilah pertama kali Mahamahu dgr dan tahu ada satay itik. Rasa daging itik tidaklah begitu kering dan juga sedap di padankan dengan kuah kadang dan timun memberi rasa seperti makan satay biasa. 

Duck Satay

Bagi menu utama pula kami telah pilih beberapa menu yg turut special di sini iaitu seperti Penang Char Koay Teow. Rasa original char koay teow yg di masak di tepi jalan dan ia masih mengekalkan rasa bersama udang dan juga di tambah daging itik di dalamnya, menarik bukan. Menu kedua pula Grilled Herb Chicken hidangan ini di sediakan di mana ayam di perap dengan rempah ratus dan di panggang kering. Dihidanga bersama dengan sayur, mash potato and thyme sauce.

Penang Char Koay Teow

Grilled Herb Chicken

Pada yg suka makan nasi goreng korang boleh cuba pula hidangan Nasi Goreng Bunga Kantan with Crispy Chicken. Makanan ni memang menarik di mana masih mengekalkan hidangan nasi goreng rasa bunga kantan dan juga bersama ayam goreng yg menarik rasa hidangan ini. Mahamahu pun suka pada nasi goreng ni memang Mahamahu syor pada anda yg dtg makan di restoran ini.

Nasi Goreng Bunga Kantan with Crispy Chicken

Pada peminat daging pula boleh cuba Sticky Asian Style Boneless Beef Ribs yg simple tapi masih boleh rasa rempah ratus dalam hidangan ini. Daging dalam hidangan ini sangat lembut dan tidak liat malah dapat rasa sauce buatan sendiri. Boleh makan bersama denagn roti dan juga kalau nak makan bersama nasi pun sesuai. 

Sticky Asian Style Boneless Beef Ribs

Bagi hidangan pencuci mulut pula Mahamahu cadangkan pada anda adalah Brownies dan juga Nutella Chocolate Cake. Yang Mahamahu cuba ada Nutella Chocolate Cake yg ini memang anda akan dapat rasa 3 lapisan kek yg berbeza iaitu di bahagian atas chocolate, tgh pula cheese dan bawah sekali biskut. Best kalau makan dan minum bersama dengan Mango Smoothy.

Nutella Chocolate Cake


Mahamahu rasa tempat makan ini unik dan menarik untuk korang cuba. Kalau korang berada di area KLCC jgn lupa untuk singgah kat Melur & Thyme yg menarik dan unik gabungan timur dan barat ini. Mahamahu dan dtg anda bila lagi mai lah. Selamat menjamu selera.

MELUR & THYME