Kari Putih,
MyKuali Makan Mee Dalam Kuali Ker?
MyKuali Makan Mee Dalam Kuali Ker? - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Korang mesti suka makan mee segera bukan. Tapi ini mee segara yg lain dari lain kerana ia adalah kari putih yg di sediakan dalam bukungkusan segera. Tapi masih mengekalkan keaslian dan kualiti rasa seperti mana makan di restorannya.
Itulah dia kehebatan produk MyKuali original Penang untuk di nikmati semua rakyat Malaysia. Mengeluarkan MyKuali Penang White Curry Noodle dalam bungkusan segera yg boleh di dapati di mana2 pasaraya seluruh Malaysia. Mahamahu pun dah dpt beberapa bungkus nak cuba kari putih ini kerena sebelum ni makan mee segera kari biasa sahaja.
Bila pertama kali masak sendiri MyKuali Penang White Curry Noodle memang lain dari lain dari segi bau dan juga warna yg di hasilkan. Dalam satu bungkus tu ada mee, bahan perisa, krimer bukan tenusu dan perencah cili yg di hasilkan bagi mengekalkan rasa original seperti asal. Cara menyediakan sgt mudah mcm sediakan mee segera lain juga.
Kat rumah Mahamahu masak mestilah tambah sikit2 lagi beberapa sayur2an supaya lebih sedap dan uhmmmm. Cara nak masak mcm biasa panaskan air 380ml sehingga mendidih dan masukan mee, masak selama 3 minit. Lepas tu masukan lak bahan2 perisa, krimer dan perencah cili. Selepas tu ia sedia untuk di hidangkan bersama dengan sayur2an atau juga telur goreng.
Baru nikmat makan Penang Mee Kari Putih keluaran MyKuali ini. Kalau sapa2 yg duduk kat Penang mesti pernah cuba mee kari putih ni kan. Mereka juga pernah bekerjasama dengan Old Town White Coffee untuk menghasilkan mee kari putih sebagai menu di sana. Kalau korang pernah baca entry Mahamahu yg lepas kat sini [klik sini] mesti tahu mereka pernah keluarkan produk ini edisi khas.
Jadi mana nak dapat MyKuali Penang White Curry Noodle ini senang jer boleh beli di 99 Speedmart dan juga pasaraya berhampiran anda. Harga pula lebih kurang RM6.70 sebungkus yg ada 4 bungkus dalam tu jadi memang terangkat kalau makan. Terasa seperti mee kari putih original Penang punya jom cuba....
Facebook : https://www.facebook.com/mykuali