Aiskrim,

6 Jenis Aiskrim Yang Unik Hanya Terdapat Di Malaysia

Sabtu, Mac 07, 2015 Mahamahu 0 Comments

6 Jenis Aiskrim Yang Unik Hanya Terdapat Di Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Betul lah org kata Malaysia ini adalah syurga makanan kerana kita kat sini mati kerana banyak makan. Dari pelbagai bahan semua boleh di makan paku, batu, papan dan mcm2 lagi. Dah mcm lirik lagu Jalil Hamid lak hehehehe.


Tapi lagi unik sekarang ni bagaikan fenomena di negara kita iaitu aiskrim yang di variasikan dengan persembahan yang menarik dan unik. Ini semua untuk menarik minat orang ramai untuk mencuba aiskrim yang di cipta ini. Kat sini Mahamahu ada senaraikan 6 jenis aiskrim yang hanya terdapat di Malaysia dan tiada di tempat lain. Jom kita tengok antara aiskrim yang cukup popular dan unik di Malaysia ok.


Aiskrim Malaysia
Ini adalah aiskrim yang paling popular masa zaman Mahamahu kecil2 dulu. 1 batang 10sen jer dulu tapi kini entah ada entah tidak. Walaupun menghadapi saingan dengan aiskrim luar tetapi aiskrim Malaysia ini tetap pujaan hati. Ini kerana aiskrim ini ada dalam pelbagai perisa kat tempat lain tak pernah rasa perisa ini. Paling popular aiskrim perisa kacang hijau, jagung, bandung, perisa cendol dan mcm2 lagi lah.


Aiskrim Goreng
Dulu juga cukup popular dengan aiskrim goreng ini kalau dulu di goreng dengan roti biasa yang membungkus aiskrim ini tapi kini dengan pelbagai inovasi ia telah bertambah maju dan moden. Kalau tengok sekarang pun dah ada jual aiskrim ini secara komesial di pasaran. Apa pun aiskrim ini paling santai sambil makan dalam keadaan panas dan sejuk.


Aiskrim Lesung
Ini pun bagai menjadi cabaran kepada aiskrim pasu. Tak tahu juga mana asal usul ia kini menjadi bualan dan hebahan di laman social. Tengok pada saiz lesung yang di gunakan agak besar dan berat tapi demi menampakkan kelaianan ia telah di tampilkan dengan penuh gaya kreativiti. Menarik bukan hanya menggunakan lebung batu yang di guna untuk menumbuk sambal selalunya tapi kini di gunakan untuk makan aiskrim di dalamnya.


Aiskrim Pasu 
Tak tahu mana dtg ribut dan angin tiba2 aiskrim ini cukup popular dan menjadi viral di laman social media. Mahamahu sendiri pun tak tahu mana asal usul sebenar aiskrim pasu ini tetapi ia telah menjadi trend dan melanda seluruh Malaysia. Aiskrim pasu bukanlah sesuatu yang susah tapi ia hanya menggunakan pasu bunga plastik untuk tampak lebih exotic lain dari yang lain.


Aiskrim Kelapa
Fenomena aiskrim dalam buah kelapa juga memang menarik dan sedap. Ini kerana aiskrim dan di campur dalam buah kelapa bersama dengan isi kelapa yang di parut dalam tu memang cukup menarik dan unik. Kalau selalu kita minum air kelapa muda dalam tu tapi kini di tambah dengan aiskrim dalamnya bersama ini kelapa muda yang di parut.


Aiskrim Congkak
Tiba2 pula timbul dan keluar gambar dan cerita aiskrim congkak. Aiskrim yang diisi di dalam peralatan mainan congkak yang mengandungi 14 lubang. Memang banyak lah aiskrim ini kalau ia adalah terjadi tapi boleh habis ker. Tak pasti lagi kesahihan tentang aiskrim congkak ini kerana Mahamahu pun tengok gambar dalam laman social sahaja. Yang pernah tgk makanan dalam congkak adalah sebelum ni.










0 Pandangan: