Kari Gearbox,
Anda Pernah Cuba Kari Gearbox Makan Pula Dengan Roti Canai Di Kubang Kerian
Anda Pernah Cuba Kari Gearbox Makan Pula Dengan Roti Canai Di Kubang Kerian - Salam sejahtera kepada semua pebaca blog makan Mahamahu. Kali ni Mahamahu nak bawa anda makan jauh sikit ke pantai timur semenanjung iaitu negeri Kelantan. Knp tiba2 nak cite pasal restoran ini sebenarnya Mahamahu pernah pergi restoran ini bila semak2 gambar2 lama ternampak gambar makan di restoran ini yang tak di update lagi.
Restoran ini cukup2 istimewa kerana ia menyediakan Kari Gearbox. Mana lagi kalau bukan Restoran Rasa Kasih Kubang Kerian. Selalu Mahamahu kalau dengar sup gearbox tapi kali ni pula Kari Gearbox. Rasa lagi lah cukup berempah dan cukup segala2nya dalam satu hidangan Kari Gearbox ini. Mahamahu teruja sgt makan malam tu dengan kawn2 kalau yang memang suka gearbox boleh habis satu tu. Tapi Mahamahu Share lah kerana memang besar.
Kari Gearbox ini makan kat sini dengan roti canai. Roti canai sabar menanti ini pula di sediakan dalam kuantiti yang banyak untuk memudahkan pelanggan nak order banyak2. Ini kerana bukan sahaja yang makan kat restoran tu penuh malah yang bungkus bawa balik pun tak kurang hebatnya. Roti yang lembut dan juga cukup garingnya ini memang sedap makan bercicahkan dengan Kari Gearbox tu.
Mahamahu tak dapat pastikan restoran ini bukan dari pukul berapa sampai pukul berapa kerana kebanyakan orang suka datang makan malam kat sini. Jadi kalau sapa2 ada info lebih tentang restoran ni boleh share. Mahamahu datang makan jer hari tu tak sempat nak interview sapa2 hehehe. Apa pun satu hidangan unik dan mesti cuba bila datang Kelantan. Selamat mencuba ok.