Alor Setar,
Bercuti-cuti Di Alor Setar Banyak Tempat Menarik Rupanya
Bercuti-cuti Di Alor Setar Banyak Tempat Menarik Rupanya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu. Dah lama rupanya Mahamahu tak update pasal tempat makan menarik kan. Kalau pergi bercuti pun dengan keluarga jadi tak ada masa nak pergi tempat makan untuk buat review. Jadi sebab tu Mahamahu banyak hanya cite tempat2 menarik yang Mahamahu kunjungi masa bercuti.
Ni kisah cuti Mahamahu bersama keluarga di negeri Jelapang Padi mana lagi kalau bukan Kedah. Mahamahu berkesempatan berada di Kota Setar iaitu ibu negeri Kedah menyaksikan tempat2 menarik untuk jalan2. Alor Setar mesti glamor dengan menara Alor Setar iaitu menara telekomunikasi yang tertinggi di bandar tersebut.
Menara ini setinggi 165.5 meter boleh melihat seluruh bandar Alor Setar sehingga kepada Gunung Jerai sana. Di atas di sediakan dengan teropong untuk anda melihat lebih jelas dan dekat. Harga untuk menaiki menara ini ada mengikut peringkat.
Dewasa Biasa RM 15.00 | My Kad RM 8.00
Kanak-kanak Biasa RM 8.00 | My Kad RM 4.00
Warga Emas / OKU Biasa RM 15.00 | My Kad RM 4.00
Pelajar Biasa RM 10.00 | My Kad RM 8.00
Sekolah rendah / Tadika Biasa RM 8.00 | My Kad RM 4.00
Tu rate tentang harga untuk naik menara Alor Setar. Murah bukan tak mahal pun memang semua orang mampu naik. Dari menara Alor Setar tu tak jauh dari situ ada pula Pekan Rabu @ Ukir Mall. Sebelum ini Pekan Rabu kat bangunan lama tapi telah di pindahkan setelah siap di bina bangunan baru tu. Lebih selesa luas dan banyak barang.
Mahamahu ada kat sana sempat beli barang makanan2 yang enak2 di masak oleh orang2 Kedah. Ada kedai pengusaha kuih Bahulu yang di masak terus depan mata dan boleh di nikmati panas2. Kemudian ada masakan kuih Denderam yang juga di masak secara panas2 depan mata anda. Kuih Rempeyek dan Serunding juga ada untuk anda bawa pulang.
Kalau yang nak datang beli pakaian dan aksessori boleh masuk kat dalam semua ada lebih selesa. Kedai2 kat sini juga lebih besar dan menarik. Mahamahu dapat pergi kat sini pun dah rambang mata nak membeli belum lagi pergi tempat lain. Tapi apa pun kat Alor Setar banyak lagi tempat menarik yang korang kena kunjungi bila sampai sana. Mahamahu dan sampai korang bila pula. Selamat bercuti...
0 Pandangan: