Makanan,

Steak Terbaik Dengan Pasangan Yang Sempurna Di Tony Roma's

Rabu, Mac 04, 2015 Mahamahu 0 Comments

Steak Terbaik Dengan Pasangan Yang Sempurna Di Tony Roma's - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bila sebut nama Tony Roma's semua dah tahu keenakan dan steak yang ada di sana adalah antara yang terbaik. Maklumlah sebagai restoran penyedia makanan steak kat sini adalah pilihan Mahamahu kalau nak mencari steak. Berbaloi dengan harga dan juga service di sana rasa tak rugi kot untuk cuba.

Roma's Sampler

Biasalah makanan berkonsepkan makanan hidangan barat ini mesti kena cuba daripada appetizer sehingga kepada dessert. Mula sekali pilih pembuka selera yang memang menjadi hidangan yang di suggestkan untuk anda makan. Roma's Sampler pembuka selera dengan ada 3 jenis hidangan yang ada dalam satu pinggan. Ada Red Hot Chicken Wing, Potato Skins and Half Onion Loaf bersama dengan 2 jenis sauce yang menarik iaitu Sour Cream and TR's Original BBS Sauce.

Grilled Lamb Chops

Kemudian untuk hidangan utama ini Grilled Lamb Chops. Dapat rasa kesedapan lamb chops dengan perapan rempah ratus dan juga masakan yang medium rear. Kalau anda nak makan rear atau juga well done. Bagi yang suka makan ikan salmon Mahamahu cadangkan hidangan ini Shrimp and Salmon Piccata. Ikan salmon di grill dengan sauce lemon dan di hidangkan dengan nasi dan juga sayuran segar jadi hidangan ini lengkap untuk anda makan.

Shrimp and Salmon Piccata

Pasta juga kat sini tak kurang hebatnya kerana banyak pilihan dan yang menjadi cadangan kepada anda untuk cuba adalah Chicken Alfredo Florentine. Yang ni macam pasta cabonara tapi sedap lagi dan rasa lain dari lain. Bagi minuman pula korang boleh pilih minuman baru iaitu yang mengabungkan buah-buahan tempatan. Yang Mahamahu pilih adalah Pina Mango Swirl menggabungkan buah mangga dan juga buah nanas. Terbaik sedap dan manis dengan rasa segar sangat.

Chicken Alfredo Florentine

Air Kosong dan Pina Mango Swirl

Dessert Trio

Bagi pencuci mulut special kat sini adalah Dessert Trio yang mengandungi 3 jenis kek pencuci mulut yang menarik. Ada kek coklat dengan aiskrim, Red Valvet dan juga satu lagi tu macam cheese cake tapi Mahamahu tak sure. Apa pun dessert ini ada tiga rasa yang pelbagai mesti cuba. Apa pun makan kat sini berbaloi untuk anda cuba sekali sekala selalu2 tak adalah. Apa pun selamat menjamu selera ok.









0 Pandangan: