Aktiviti,

Undian MSMW 2015 Telah Bermula

Rabu, Mac 25, 2015 Mahamahu 0 Comments

Undian MSMW 2015 Telah Bermula - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Pasti ramai blogger ternanti-nantikan MSMW untuk tahun ini. Alah macam ABPBH jugalah. Di sini adalah medan mengukur tahap kepopularan dan juga kemajuan blog anda yang telah lama anda hasilkan.


Ok lupa nak cita apa tu MSMW? Malaysia Social Media Week 2015 adalah satu2 platform untuk penggiat media social di Malaysia berkumpul, berkonference dan juga berkongsi idea dalam mencari lebih banyak peluang yang boleh di gunakan melalui media social. Ini adalah tahun ke 4 penganjuran yang telah di adakan Social Media Camber dan MY Events International.


MSMW 2015 akan berlangsung pada 21-25 April 2015 di Berjaya Time Square Hotel dan aktiviti yang di adakan pada minggu tersebut adalah seperti Summit, Workshop, Twitterthon dan juga Award. Yang menjadi perhatian penggiat media social di Malaysia adalah acara Award, di mana pencalonan untuk beberapa kategori yang akan bertanding berdasar 80% undian dan 20% penjurian profesional.


Sebab tu Mahamahu tulis entry ini kerana Mahamahu pun terkejut di calonkan oleh seorang insan ini terima kasih kerana sudi calon Mahamahu yang kerdil ini. Blog tak seberapa hebat ini rasa mcm tak layak lagi untuk bertanding tahun ni sebab tahun lepas pun tercalon top 3 jer. Sekali lagi Mahamahu di calonkan dalam kategori Best Foodie Blog dalam MSMW 2015 dan anda yang rasa Mahamahu ni layak boleh lah undi.


Cara untuk mengundi bagi 10 kategori yang di pertandingkan adalah dengan mendaftar melalui akaun Facebook anda sahaja. Lepas tu anda pilih kategori yang ada dan anda carai nama blog yang anda mahu undi tersebut. Anda boleh pilih mana2 sahaja blog yang anda rasa sesuai untuk menang mengikut kategori tetapi ingat anda hanya boleh undi sekali sahaja. Sebalum apa2 Mahamahu nak ucap terima kasih pada yang dah undi Mahamahu.


Pada semua peserta yang tercalon anda ada peluang dan ruang untuk mendapat undi dari pembaca blog anda. Tempoh mengundi hanya bermula 23 Mac 2015 hingga 5 April 2015 sahaja. Jadi selagi masih ada masa undi jangan tak undi ok. Untuk maklulmat lanjut boleh layari laman web www.socialmediaweek.com.my untuk segala aktiviti yang menarik sepanjang minggu social media 2015.

MSMW 2015