AABC,

#AABCHangout Pertama Kali di Adakan Bersama Blogger

Rabu, April 08, 2015 Mahamahu 0 Comments

#AABCHangout Pertama Kali di Adakan Bersama Blogger - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maha tak tahu apa itu AABC pada mulanya sehingga di perkenalkan oleh kawan blogger dan terus mendaftar untuk menjadi sebahagian ahli dalam AABC ni. AABC ini adalah singkatan kepada AirAsia Blogger Community yang mengumpulkan semua jenis blog.


Maha sebenarnya baru jer jadi ahli AABC tapi seronoknya jadi ahli ni ada macam2 aktiviti yang merekan anjurkan. Sebelum2 ni ada event macam2 tapi Maha tak dapat join cuma Maha dapat jemputan penerbangan media ker Guilin China. Itu adalah aktiviti pertama Maha dengan AABC ni seronokkan dapat terbang percuma. 



#AABCHangout adalah aktiviti pertama mengumpulkan semua ahli AABC yang ada di Malaysia dan Singapura. Memang menyeronokan bila dapat bersama dengan semua ahlis AABC, kerena kebanyakan blogger ni Maha dah kenal dan memang dah selalu datang event dengan mereka. Tapi kali ni lebih havoc bila dapat bersama dalam AABCHangout dekat Escape Room Time Square




Memang meriahlah kalau dah blogger bertemu belogger dan juga dapat beraktiviti bersama2. Event yang di adakan pada hari minggu yang lepas penuh dengan aktiviti dan pemaniann yang menyeronokan. Paling best kami di pecahkan mengikut kumpulan dan sesetengah tu tak kenal pun ahli kumpulan. Nasib Maha dapat geng dengan Mira Citcik dan juga Penabekala huhuhuhu.


Aktiviti separuh hari tu sangat2 padat dan menyeronokan, sebab kami dapat main game yang menguji skill dan juga kecergasan kami walaupun mainan tidak lah teruk sangat. Main tarik tali, main cari kunci, dan juga teka gambar sungguh memberi keseronokan sambil bersantai. Jadi tak stress sangat nak menang cuma nak berseronok.



Tapi paling mencabar adalah bila tiba time Escape Room yang penuh dengan muslihat dan klu untuk di cari. Ini adalah kali kedua Maha dapat main dalam Escape Room yang pertama di Bandar Botanic Klang, tapi kat Time Square ini lagi best dan mencabar. Kalau sapa2 tak pernah masuk Escape Room ia adalah mainan menguji minda dan kepekaan dalam mencari klu untuk menyelesaikan masalah bagi mendapatkan jalan keluar. 



Di Escape Room Time Square ada 8 bilik misteri yang boleh anda pilih untuk menyelesaikan masalah dan mencari pintu keluar. Setiap kumpulan di berikan 45minit sahaj untuk mencari klu dan jalan keluar. Memang mencabar minda tema yang Maha dapat adalah Safari Jungle - Journey To The Secret Treasure Hunt. Kami adalah pengembara hutan dan perlu cari jalan balik kerana sesat dalam tu.


Kalau korang nak rasa cabaran dan menguji minda sini adalah tempatnya. Akhir sekali selapasa habis semua game2 ini kami pun rehat makan tengahari yang ditaja oleh AirAsia. Lepas tu masa untuk penyampaian hadiah kepada team2 pemenang. Tahniah pada yang telah juara mendapat tiker penerbangan pergi balik ke Cebu Philippine. Juga hadiah cabutan bertuah yang memang bertuah iaitu tiket pergi balik ke Hong Kong, kalau tahu lah hadiah hebat ni mesti kami buat sungguh2. 


Apa pun best lah #AABCHangout kali ini bersama dengan blogger dan team AirAsia. Lain kali buat lagi agar kita lebih eratkan hubunga dengan blogger dan juga pihak AirAsia. Lepas ni kalau ada apa2 lagi event atau nak travel mengembara jangan lupa jemput Maha sekali ok. Selamat terbang dan selamat bercuti semua.